Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Puasa

"Awal sampai?"

Antara soalan-soalan cepu emas yang aku dapat dari kawan-kawan semalam. Semangat puasalah katakan. Yang sebetolnya aku nak balik awal. Ye seawal pukul 4.30 petang. Tak kan nak datang opis macam biasa pulak pukul 10 pagi. Tak senonoh gitu. Negatif nanti pahala puasa aku.

Semalam lepas je solat Asar aku gerak balik dah. Dalam hati berdoa mintak-mintak tak jemlah. Tapi tak logik akal pulak kalau tak jem. Harus jem jugak. Nasib baik tak tahap tenuk. Sudahnya, aku sampai Shah Alam pukul 6.30 petang.


Kat Sungai Buluh. Keadaan jem yang biasanya memang tak jem.

Nak beli makanan apa untuk berbuka pun, aku tak tahu lagi. Lalu jugak stadium tapi takde nafsu nak masuk. Kene pusing jauh. Alih-alih aku singgah kat sek 3. Alahai, takde satu yang menarik minat aku. Sudahnya, aku beli kuih 2 biji. Pastu balik.

Menu aku berbuka puasa semalam. Air soya campur kuih campur mee goreng makcik sebelah umah. Pastu siap-siap pergi terawih. Time-time macam ni baru terpikir bestnyalah kalau duduk dengan mak. Mesti dapat makan macam-macam. Alahai, tiba-tiba rasa sendu di hati.

Ramadan tahun ini tiada beza dengan tahun yang sudah. Masih lagi berpuasa dan bersahur dirumah sewa bersama dengan kawan-kawan. Ade masa aku masak tapi boleh dikira sangat. Yang selebihnya aku suka berjalan-jalan di bazar Ramadan yang kadang-kadang aku keluar tanpa membeli apa-apa. Pelik kan?

Yang membezakan puasa tahun ini - aku tidak lagi menaiki perkhidmatan awam.

Makanan feveret aku masa bulan puasa - nasi kerabu, roti jala, sembosa ayam or daging, serunding, nasi lemak burung puyuh dan semestinya air cendol.

p/s: tengah mengarang tadi, dapat sms dari kawan - dia kena apendiks dan nak kena operate pukul 2.30 petang ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku tahu ko kuat orangnya chekwe.

Dari AKU,

5 comments:

Ila Zakaria said...

uwaaa.. cendol sedapnya... nak cendolll.. samosa mmg sedap ... kat umah aku paling sedap setakat ini kat wangsa maju kat area jusco tu.. dulu seketol 50 sen... taun ni tak taulah.. ni yg terasa nak wat samosa lak ni.. tp kena tunggu weekend la nampak gayanya..buat cekwe..aku jua tahu ko mmg kuat... nanti kita mkn kek lapis sesama ek...

~ PIJA ~ said...

ila : semalam aku cari cendol semua jual besar punyer..!! kicewa sedikit..

chekwe mmg kuat yang..tp kalau dokter kate ko tak leh mkn kek lapis lagi, ko pos kat aku yer..mintak ila add aku..hihiiii

Encik MamaT said...

aku tak tingin nak makan ape pon.... jimat.... haha

~oLick_sYasYa~ said...

xpe...wekend kn blk.t mst wan ana msk sedap2..utk ank sulung dye yg berjaohan nie...

~ PIJA ~ said...

En.Mamat - ko tu mmg. Takde napsu memanjang..!!

Eca - Oh wan ana Aryen..tak sabar rasenyer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..