Thursday, September 30, 2010

HUJAN itu RAHMAT

Pagi ini memang indah. Indah sangat sebab hujan turun tak berhenti-henti. Aku suka hujan tapi kadang-kadang hujan juga boleh mendatangkan pelbagai bahaya. Sebelum aku bebel panjang lebar, aku nak kasi tahu yang aku bukan nak mengutuk pasal hujan. Sebab hujan ini rahmat..!!

Tapi..Kerana HUJAN...
  • Jalan-jalan kat KL kompem akan jem tahap cipan tenuk.
  • Air akan penuhkan jalan-jalan sampaikan ade kereta tersangkut.
  • Baju tak kering. Ini tak boleh buat apa. Hantar dobi jer.
  • Banjir. Dah 2 kali umah aku kat Shah Alam dibanjirkan dek hujan.
  • Macam-macam lagi.
Hujan tak salah. Yang salah manusia jugak. Buat pembangunan tanpa menitik beratkan soal-soal keselamatan. Buat longkang besar-besar untuk salurkan air. Tapi kita semua ni penuhkan longkang dengan sampah sarap. Macam hanjeng. Tong sampah ade tapi tak nak guna.

Hujan tak salah. Yang salah kita lagi. Buat bangunan tingi-tinggi cecah langit. Gila begaya tapi tebang pokok-pokok yang mampu menyimpan air dengan banyak. Buat longkang takat nak bagi kucing ngan hanjing berak dengan kencing je. Kecik gile. Itu sebab tak heran kalau KL ni banjir.


So, jangan kata karut kalau dalam berita semalam kata tahun 2012 mampu menengelamkan bandar Jakarta. Jangan kata kat Indon je. Kat mana-mana pun boleh jadi kalau macam ini lah perangai manusia. Peringatan ini pun untuk aku jugak. Heheeee

Pagi tadi, macam-macam pengalaman aku. Mula-mula happy sebab sejuk jer. Layan blues sambil tengok hujan. Tapi sampai separuh jalan, aku dah nampak lampu break. Mak ai, jammed giler.

Jam dah pukul 10 pagi. Kompem aku lambat lagi. Dah sampai Sungai Buluh, air penuh dek air pulak. Dugaan. Ape-apa pun aku selamat sampai opis pukul 10.30. Nasib baik bilik manager aku gelap lagi. Selamat...!!!

Akhir kata, HUJAN ITU RAHMAT okey.....


Kat Kg Melayu Subang. Masa on the way nak pergi keja. Tak paham kenapa sistem pengangkutan di Malaysia akan jadi teruk bila hujan.


Benda yang aku paling takot time hujan. Jalan raya akan penuh dek air a.k.a BANJIR. Nasib baik bukan route aku. Sian abg sastria merah tu. Stuck sudah. Lokasi: Sungai Buluh.


Iklan untuk hari ini :- Tahniah kat adik aku sebab dapat keje Gomen. Tapi yang sedihnya, dia posting kat Kapit, Sawarak. Jangan sedih-sedih, kat sana banyak menatang buas yang fresh-fresh. Ko pasti suke. Heee

p/s : Salam takziah buat ILA di atas pemergian mak mertua tercinta malam tadi. Moga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dari AKU,

3 comments:

afzan said...

sebelah tangan memegang stering, sebelah tangan memegang kamera hp. jgn di amal selalu. :)

Encik MamaT said...

aku aritu tak pegi interview... carik sijil aku tak jumpa.... adeh... mana lak ilang.....

~ PIJA ~ said...

afzan: saya capture mase kete behenti la..hehee

en.mamat: ko ni..sijil tu penting tau tak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..