Friday, July 26, 2013

Kundasang & Hari Pertama Part 1 - Edisi Throw Back

Pergi dah lama. Tapi nak update kat sini macam malas. Aku pun dah lupe kisah-kisah menarik mahupun tentatif percutian kali nih. Tapi takper. Aku cube menulis sebaik yang mungkin. Semudah yang mungkin dan sesenang mereka yang singgah untuk membaca.

Percutian kali ni kami pilih untuk Ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Kali ni pergi sekali dengan mak teh sekeluarga. Tinggal ayie je tak pergi sebab Eca tengah sarat mengandung.

Hari pertama tu kami pilih untuk pergi Kundasang dulu. Sampai je dekat Kota Kinabalu (KK), we all cari van dulu untuk disewa. Disebabkan ahli rombongan masa tu 12 orang so ngam-ngam la naik van. Dah dapat van gerak la ke Kundasang. Perjalanan nak ke Kundasang dari KK ni ambik masa agak lama iaitu 3 jam uols. Dah la masa tu hujan lebat. Jalan kecik simpang siuk. Memang agak suspen dan ngeri lah. Tapi Alhamdulillah kiteorang selamat sampai sana sebelom matahari terbenam. Faham-faham je lah. Kat sana kul 6 dah gelap gelita.

Menginap di Cellyn Resort. Tempat tinggi mengadap gunung Kinabalu bah. Memang bes dan mengujakan. Tempatnya memang cantek. Hari pertama tak pergi mana-mana pun. Sebuk bergambar sekitar resort jer. Esok tu baru plan nak singgah Dairy Farm, War Memorial dan Kinabalu Park. Memang beslah.








Bakal bersambung.......  
Nantikan episod yang lebih berahi dari aku...huawahuahwahuhuawaaaaaaa...

Dari AKU,

1 comment:

el said...

teringin sgt nak pi sabah x tau lah bila..harap2 ada rezeki ke sn..bestnye dpt duduk hotel ngadap gunung kinabalu






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..