Friday, December 2, 2011

Muzium Negara

Salam Jumaat,

Aku pernah sampai sini sikit masa dulu. Bukan sikit masa lagi dah. Tapi masa tu aku darjah 2 (kalau aku tak silaplah). Tapi aku berjaya gak sampai lagi tapi atas urusan dipaksa atau dengan lebih tepat lagi pergi atas urusan kerja. Jeng jeng. Punyalah teruja, dah cakap kat dalam hati sanubari ni, nanti aku nak masuk dalam tu.

Tapi apa jadi?

Hampeh. Takda masa dan ruang pun untuk aku menyelinap masuk dalam. Kena jaga booth sepanjang masa. Tension. Dengan jamban kotak kaler biru yang tah apa-apa. Terpaksalah aku tahan kencing.









p/s: aku nak buat rombongan nanti. Sapa mau folow saya?

Dari AKU,

Tuesday, November 29, 2011

Menara Tinjau - Ampang

Aku dah lama nak pergi tempat ni. Aku pernah cakap dekat alang n eca, if I get job one day, aku nak bawak depa pergi makan kat sana. Aku belanja. Dan syukur Alhamdulillah, tak sampai seminggu aku cakap macam tu, aku dapat kerja. Gaji pertama takde kesempatan lagi nak blanje. Dan dapat je gaji kedua, aku dengan bangga ajak dieorang pergi. Dan secara kebetulan adik aku yang bongsu balik atas urusan mengedik kat Putrajaya.

Overall tempat ini ok.

Kalau rase nak cuci mata tengok seluruh KeyEll, boleh datang sini. Makan kat sini sedap tapi harga agak mahal dari biasa. Kalau korang dapat makan chiken chop 9.90 je kat sini harganya cecah 15.90. Tapi puas hati la. Seronok aku tengok yeyen happy and tak banyak ragam. Tak nangis pun even mummy n daddy die tak ikot sama. Ikut plan nak datang awal. Nak pergi petang. Tapi macam biasalah, aku rancang je tapi benda lain gak yang jadi. So, dengan jayanya aku dan rombongan gerak lepas magrib. Sampai sana je dah pukul 9 lebih. Dah gelap gelita. Tapi tetap best. Sila layan gambar di bawah untuk kepuasan yang lebih lagi.












p/s : nak pergi lagi.


Dari AKU,

Tuesday, November 22, 2011

Suspen Bagai Nak DEMAN



Rasa nak deman. Jantung macam nak gugur. Hati berdebar-debar. Tak tahu macam mana nak imagine macam mana aku punye suspen masa tengok bola malam tadi. Lagi-lagi bile Indon dah leading 1 gol.Mampuslah. Baru 5 minit dah masuk sebijik. Tapi berkat kesungguhan adik-adik manis kita beraksi, akhirnye kita berjaya juga menang melalui penentuan panalti 4-3. Cayalah!!

Selaku rakyat Malaysia aku bangga dengan kegemilangan bola yang semakin meningkat. Tahniah. Syukur Alhamdulillah.


p/s: wahai BONAI, ape masalah kau dok goncang jaring tu tiap kali team kau dapat free kick. Kelakar je aku tengok.



Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..