Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

Selamat tinggal 2010.

Masa terlalu cepat berlalu. Pejam cilik pejam cilik, dah nak masuk tahun baru. Umur pun dah masuk alam senja nan merah. Itulah kitaran hidup. Nak tak nak, kenalah hadap. Kalau tahun berganti tu dapat kembalikan hari muda, aku pun nak.

Pusing balik ke tahun ini, banyak perkara manis yang terpahat kat dalam kepala hotak aku. Antara yang manis adalah kelahiran Firqan Ar-Rayyan pada 10 Feb 2010. Masih bulan yang sama, adik aku alang selamat bertunang dengan Cipong. Dah nak kawin pun minggu depan. Jemput datang tau. Tarikhnya, 9 January 2011.

Memori manis terpahat lagi bile aku berjalan-jalan ke Bukit Merah Laketown . Seronok pergi sini. Memang segar kepala. Takde nak pikir apa-apa dah. Penghujung tahun baru-baru ni aku sempat lagi bercuti. Tak sempat lagi nak cerita kat blog. Nanti lah. Bile dah lama bercuti, macam karat je otak nak mengarang.

Perkara PAHIT untuk tahun ini?
Erm..alhamdulillah, takda yang terlalu pahit untuk diceritakan. Takat dugaan-dugaan kecil tu biase. Sapa yang takde masalah.

Kalau dah masuk tahun baru, benda biase orang akan tanya, apa azam ko kali nih? Dengan bangga aku jawab, tahun ni aku berazam nak masuk keje on time, nak kumpul duit banyak-banyak, nak lebarkan kepak berniaga.

Itu sahaja. Doakan aku. Dan Selamat Datang 2011.

Dari AKU,

Thursday, December 30, 2010

Semuanya Kerana BOLA

Tahniah Rimau MALAYA. Orang lain dah lama buat entry, tapi aku baru nak buat.

Kerana bola, PM dengan baik hatinya menghadiahkan seluruh rakyat malaysia cuti umum. 14 tahun menunggu akhirnya Malaysia berjaya dan menang bergaya. Nak kata bergaya sangat tu, aku tak leh nak komen, sebab aku dah abaikan cara dieorang main malam tadi. Hahaha.

Kerana bola, paper laku hari ni. Boleh sold out tibe-tibe. Tak sangka rakyat Malaysia minat membaca.

Kerana bola, nama penjaga gol yang nampak ensem malam tadi, lagi-lagi tang die tangkap bola panalti tu meletop tibe-tibe. Bukan die je meletop, siap blog awek die diterjah dan trafik blog dia naik tak ingat punya. Dari 100+ folower dah jadi ke 2000+. Cayalah dik. Nak tengok blog awek die. Haa, kelik kat sini laju-laju.

Semuanya kerana BOLA.

Tahniah abg GOPAL. Tahniah buat skuad negara yang masih ditahap pucuk-pucuk muda. I bangga u.

Dari AKU,

Saya KEMBALI

Hai all.

Tak tahu nak mula dari mana. Macam banyak benda nak cerita tapi dah jem pulak nak mule dari mana. Hehehe. Hari ni masuk opis gelap je. Semua tak datang keje. Aku sorang je tau. Besh gak. Leh jenguk kengkawan dan blog walking sampai lebam.

Pada yang datang blog ni masa aku takde, terima kasih. Pada yang komen pun terima kasih. Aku bercuti. Semalam pulak aku MC.

Mari bersiaran.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..