Monday, August 15, 2011

Fenomena IMAM MUDA

Suaranya lunak. Bacaan pun sekadar surah-surah lazim. So, jujurnya takde la kepala otak aku menerawang sangat ke tempat lain disebabkan dek bacaan yang terlalu panjang. Betapa susahnya aku nak menjage khusyuk dalam solat. Ermm...

Macam biasa selesai 4 rakaat pertama, sessi tazkirah akan dimulakan. Kebetulan aku berada di barisan yang agak depan. So, aku memang nampak jelas la sapa yang akan sampaikan tazkirah malam tu. Macam kenal muka mamat ni. Pastu aku dengar sok sek makcik2 kat depan tu dok kate 'imam muda'...'imam muda'...

Aku perhatikan betol-betol. Erm, memang dia. Salah seorang peserta iman muda musim kedua. Tak silap aku name dia Najdi. Agak kecik molek dan masih terlalu muda. Tapi aku suke cara die menyampaikan tazkirah. Jelas dan bersahaja.

Yang bestnya dapat tengok budak-budak ni beratur nak bersalam dengan imam nih. Sampai ada yang salam dua tiga kali. Betapa kanak-kanak sekecil umur 5 6 tahun mengenali imam ni. Ada tu siap jerit. " Ibu, adik dah salam dah imam muda. Nanti nak salam lagi ye bu". Takde lah depa dok kenal sapa Shahir, sapa Hazama dan sapa Stacy. Hehehe..

Cuma yang tak sedapnya bila aku sempat mendengar ada dikalangan jemaah perempuan sebok nak mengambil gambar togeder-geder. Adoi la. Agak-agak lah. Kat surau ni beb.




p/s : Macam mane pulak la dengan rancangan Ustazah PILIHAN..


Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, August 10, 2011

Lestari, UKM Bangi

Menarik tempat nih. Cantek. Berbeza dengan tempat aku setadi dulu. Mungkin jugak sebab suasananye yang penuh dengan pokok yang buat aku suke. Aku kan pencinta alam sekitar. Anyway, salam hari Rabu untuk aku dan kawan-kawan yang rajin nak singgah kat sini.

Alhamdullilah. Hari ketiga aku di UKM, Bangi. Takde apa yang mencabar setakat ini. Pc pun asik hang jer. So, melepak je lah keja. Ape lagi nak buat. Sambil-sambil usha blog, tulis entry ni tapi tak tahu nak karang ape. Anyway, aku bersyukur dengan rezeki ini.

Dah lama tak tengok akaun nuffnang. Sekali banyaknya BE. Tapi sebab aku tak aktif, tak la masyuk. Yang dah jadi ME pun banyak. Dulu mase aku gigih takde pulak nak kasi. Bile aku dah malas nak layan, baru nak bagi. Gini rupenye caranya.

Now, i'm back babeh.

Dari AKU,



Thursday, August 4, 2011

Ramadan INI

Ramadan kali ini boleh dikatakan ramadan yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jujurnya ramadan kali ini sangat bermakna pada aku. Sedikit demi sedikit aku mendapat petunjuk dariNya. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang. Bersyukur sangat-sangat yang mana aku tidak perlu terus duduk dalam keadaan yang aku sendiri tidak pernah tenang pun. Melebihkan dunia yang melekakan.

Menyesal? Dulu masa aku disakiti, aku menyesal sangat-sangat dengan ape yang aku dah buat. Sekarang? Alhamdulillah, aku makin redha dan aku berserah sebulat-bulatnya padaNya. Nampaknya aku dah nampak kebaikan sedikit demi sedikit setiap dugaan yang aku tempuhi.

Buat semua, selamat berpuasa.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..