Tuesday, March 8, 2011

Pindah Rumah

Bukit Subang.

Itu lah tempat aku dan family pergi Ahad baru-baru ni. Boleh imagine tak - nak angkat barang macam katil, almari dan segala mak nenek ke tingkat empat. Dah lah takde lif. Terkangkang-kangkang nak mengangkat semuanya. Dengan budak kecik yang baru dapat kaki tu pun sebuk gak nak menolong. Nasib baik setel sebelom masuk waktu nak mencekik waktu tengah hari.

Aku pun tolong angkat gak tapi tak sampai berapa trip pun. Adalah dua kali jerk. Aku pilih angkat kotak je. Yang segala batang, kayu dan yang berat-berat tu tugas lelaki-lelaki perkasa yang ada masa tu. Tabik pada mak aku yang memang macam badang angkat kayu sebelah tangan. Sebelah tangan lagi angkat kayu apa tah.

Kagum. Mak aku tak minum susu pun. Ishh..


Video selingan. Masa ni Yeyen 1st step kat Jusco. 1st time belajar pakai sandel.




Yang ni belajar nak hisap susu botol tapi kang dia mintak gak nenen maknya





Dari AKU,

Monday, March 7, 2011

Jangan PERGI !

Salam hari Isnin.

Hari yang pada aku betol-betol tak bes langsung. Rasa boring yang amat sangat. Kang lebih-lebih cakap, orang kata aku tak besyukur pulak. So, layan sikit-sikit je sudah. Tadi baca blog kawan lama. Nak berhenti bergoblog katanya? Perkataan MUNGKIN pada tajuknya itu menandakan dia perlukan masa untuk membuat keputusan yang sebetolnya. Berhenti terus atau sebagainya.

Itu lah dunia blog. Macam-macam karenah nak kena hadap. Hanya dengan jari dan minda akal yang kadang kala waras, kadang-kadang tu 10% je menulis guna otak selebihnya nafsu. Ada masa kau amik tahu perkara yang kau tulis untuk tidak menyebabkan orang lain terasa hati misalnya. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan keluarga sendiri. Macam aku - selalu pikir, tak semua orang suka apa kita tulis, apa kita cakap, apa pendapat kita dan apa macam sampah lagi kita nak goblogkan.

Tapi pada aku. Itu kau punya hak untuk menilai. Buruk dan baik aku terima ikot kepala hotak aku jugak lah kan.

Pada aku, berhenti dari dunia ini adalah perlu kalau itu memberikan yang terbaik buat diri sendiri dan juga keluarga. Tapi berhenti untuk orang yang tak sudah-sudah nak menyebuk untuk kepuasan diri sendiri, minta maaf banyak-banyak, aku tidak akan tunduk. Melalaklah kau macam mana pun, ada aku kisah.

Wahai kawan-kawan, jadikan lah blog sebagai satu medan yang sehat dan bukannya medan kau nak laga-lagakan orang. Sedangkan melagakan ayam pun berdosa, apatah lagi manusia. Tak baik tau! Aku pun dah pencen main laga ayam sebab aku dah jadi taukeh jual ayam laga. Itu citer masa aku darjah 4 ye.


-ehsan atok google-




Dari AKU,

Friday, March 4, 2011

Mana Korang?

Hari Jumaat yang agak indah bagi aku. Aku takde cerita nak diceritakan. Takde jugak pendapat untuk dikongsikan.

Cuma,

Aku dah lama tak nampak kawan-kawan aku yang dulunya aktif membebel kat blog tapi sekarang ni senyap jerk. Korang pergi mana? Mana ILA? Mana Afzan? Mana Zila? Mana Michi? Mana Corey? Mana Ida? Mana adik-adik aku Angah dan Alang?

Aku tak sebut nama Zai, sebab dia ade membebel dua tiga hari lepas. Pregnant? Mungkin menghalang kau untuk terus mengoblog. Takpe, aku paham. Aku tak sebut nama Chekwe sebab dia dah tak nak menulis. Tak reti katanya atau kau takot kau akan terus meroyan. Hahaha. Jangan marah aku. Kau jugak yang cakap macam tu.

Erm, jomlah bergoblog balik.

Semalam, aku ada dapat bungkusan - kiriman dari seorang blogger. Macam tahu-tahu jer awak yang orang memang tengah mengumpul Freeze Mangnet (FM). Paling best dari London. Bulan sudah, aku dapat benda yang sama jugak. Phuket mari - adik aku bagi. Aku dah banyak mengumpul. Key-chain dah penuh. Dah tak tahu nak bubuh mana. Dan sekarang, FM. Yeah, saper-saper yang pergi melancong dan bercadang nak bagi kat aku, aku alu-alukan tau..!!

Sebelum terlupa, Terima kasih IDA.


(sebahagian tiket wayang yang ada atas meja ofis aku, kat umah banyak lagi)


Nota Hati : Aku memang seorang collector. Antara aku kumpul mug, key chain, freeze mangnet dan yang orang lain payah nak terima bile aku simpan tiket wayang. Hahaha..


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..