Thursday, December 2, 2010

Award dari sis Qaseh Dalia


Award tertunggak dari adik Qaseh. Macam biasalah kalau dah dapat award kene la jawab soalan cepok perak dulu. Ade dua soalan jer.

❶ Makanan fevret korang ape?
Aku takde makanan kegemaran. Semua yang sedap aku makan. Tapi sekarang banyak makanan yang aku tak boleh nak makan sesuke hati. Oh dugaan.

❷ Sape yang korang sayang?
Family dan semua yang menyayangi aku.

Masa untuk tag mereka:

Mr Mamat

Ila
Zai
Suara Kalbu
Miza
Eca
Alang

p/s: amik laju-laju ok.


Dari AKU,

Kerana KANGKUNG & 2 PAGI

Cakap pasal kangkung, aku jadi trauma. Pukul 2 pagi tadi, aku terbangun dari tidor, tibe-tibe perot rase macam masuk angin. Membelit sini membelit sana. Memulas tak ingat punye. Rase sakit tu sampai ke pinggang. Aku cuak dah. Tak naklah sakit macam hari tu.

Tak tahan dah rase, aku bangun laju-laju - terus cari balen ubat hari tu. Aku telan ubat sakit perot. Aku telah ubat buang angin. Tak sampai seminit telan ubat, aku dah rase nak muntah. Belom sempat lari ke tandas, amik ko, aku termuntah kat tepi katil.

Mak ko..kangkung je semuanya.

Aku msg member. Aku msg mak aku. Aku tahu dieorang mesti dah tido. Tapi apa salah cube nasib. Mak takde respon. Member ade respon.

Kata mak : Jangan makan kangkung dah, kangkung tu angin
Kata member : La, kangkung angin la.
Kata aku : Sedap tu kangkung....Lagi-lagi kalau masak kangkung belacan!!!!

Dah puas muntah, aku baring. Perot rase lega sikit. Aku suruh member tu tidor. Kesian lak, sok dia kerja. Tinggallah aku terkebil-kebil. Aku tutup kipas bila kaki dah rase sejuk semacam. Akhirnya aku tidor balik dalam pukul 5 pagi.

Selamat aku period. Kul 8.30 pagi baru aku bangun. Ikotkan hati aku nak MC jerk. Tapi memikirkan aku kene submit design macho aku tu, aku gagahkan diri. Semalam tengahari aku lunch nasi campur. Ade ayam goreng ade sayur kangkung. Hehehe..



p/s : Nampaknya aku kena berhati-hati memilih makanan since aku tak boleh makan benda-benda berangin. Hari tu PETAI. Oh, sedih bila kene berpantang..!

Dari AKU,

Wednesday, December 1, 2010

Awal Muharram @ Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam bulan baru...

Minggu depan 7.12.2010, semua umat islam akan menyambut tahun baru untuk kalendar islam. So, aku nak share lagi doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah. Sumber dari JAKIM.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Nota Lutut : Sedang memikir azam untuk tahun baru..

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..