Monday, November 15, 2010

Kisah Hari Minggu

Kenduri dah dekat. Kalau ikut tahun macam jauh ke depan lagi. Tapi kalau bilang dengan jari, dah dekat dah pun. Tak sampai pun dua bulan. Mak dah merengek-rengek mintak bawakkan dia pergi beli barang.

Mak nak pergi Mydin katanya. Dah plan baik dengan Alang, Eca (Olick Sya Sya) nak pergi pagi-pagi nih. Tapi standetlah. Kite ni merancang jerk, yang tentukan dia. Jadi plak benda yang tak patut nak jadi. Apa dia? Leh kelik sini.

Dari pukul 11.30 pagi nak gerak dah jadi pukul 3 petang. Perot dah lapar. Gila lama nak tunggu orang tu siapkan kereta. Lepas siap, berangkatlah rombongan mak aku ke Subang. Sampai sana, sembahyang siap-siap terus masuk membeli apa-apa yang patut.

Penat beb. Tapi puas sebab rengekan mak telah dipenuhi. Lagi sepuluh minit pukul 8 baru sampai umah.

-sempat lagi singgah kiosk Easy nak check KWSP-

-2 troli sekali shopping-


p/s : Ade lagi tak beli. Nest trip ye mak



Dari AKU,

Jaga-jaga dengan abang NINJA TURTLE

Kalau korang dengar ade orang tengah mesin rumput kat luar umah, jangan lupe nak jenguk. Lagi-lagi kalau korang dok park kereta kat kawasan yang hampir dengan aktiviti extreme mereka. Bukan apa, aku tak nak apa yang jadi kat kereta adik aku jadi jugak kat kereta korang.

Pang.....!!!! Bunyi memang macam bom tengah MELETOP. Ke bunyi bom lagi kuat? Hehehee..Sekali jenguk cermin kereta pecah dek batu yang terpelanting masa dieorang tengah mesin rumput. Bahaya bukan!!!

-cermin kereta yang retak. Nampak tak? Henpon 1.3mp je tu yang malap je gambar-


-saat cermin ditukar ganti-

Tapi, adik aku beruntung sebab masing-masing kat umah. Lagipun, yang punye kerja pun jiran depan umah. So, takde la nak risau apa. Kompem dia ganti.

Cuma takot kalau abang-abang ninja turtle yang buat clean up tiap-tiap mingu kat depan umah. Kalau takde orang, chance dieorang nak lari memang tinggi. Patutnya, ko tak payah nak lari. Sebab benda ni leh kaver insuran. Ini mesti kes takot nak repot kat bos..!!! Manyak cilake kalau lepas tangan macam tu jerk.



-aktiviti minum sementara tunggu kereta siap-
model sambilan : eca dan penulis



p/s : Selamat pakcik tu ada timbang rasa. Membayar ganti rugi. Tapi kesian sebab yang buat ni jiran depan umah. Die pun tak sengaja. Akhirnya atas rase timbang rasa, RM90 tersebut dibahagi pada 2. Adil bukan?

p/s/s : Aku memang panggil orang yang mesin rumput tu abg ninja turtle


Dari AKU,

Friday, November 12, 2010

Aduh - Macam mana boleh lupe

Ish, macam mane aku boleh lupe nak goblogkan pasal anak buah aku yang makin kacak dan agresif tu. On 10/11/10 dia dah pun berumur 9 bulan. Dia makin lasak. Makan pun banyak tapi badan sinonet mcm tu gak. Tak merangkak tapi terus duduk.

Yang penting dia sehat...!!!


-saya nak jadi drifter la ibu-


p/s : Harap-harap die jadi ostat.


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..