Friday, August 17, 2012

Perjalanan Menuju Syawal 1433

Salam Jumaat.

Pandang kiri, kanan, depan dan belakang - ramai yang dah amik cuti hari nih. Aku je masih setia duduk opis. Aku pun tak paham kenapa aku ada lagi hari ni. Hehehe. Takpe lah. Simpan cuti bebanyak. Sok nak cuti-cuti Malaysia. Jalan pun lenggang gila pagi tadi. Terasa mau racing je tadi.  

Ok. Syawal kali ini. 

Tak banyak yang berbeza. Cuma tahun ni aku beraya sebagai seorang yang bekerja. Bekerja dengan erti kata lain pasti sepupu sepapat yang kecik-kecik tu menadah tangan mintak duit raya. Jangan risau uols. InsyaAllah ada. Dah siap tukar duit awal-awal puase hari tu lagi.

Cuma tahun ni, feel nak raya tu swing sikit. Tak tahu mana silapnya. Takde persiapan raya pun sebelum tahun-tahun sebelumnya. Dulu awal-awal dah beli kain untuk ditempah. Tahun ni - haram takde. Pasti ada kaler tema. Tak pernah pun pakai berbelang-belang. Mesti sedondon. Erm..Mungkin sebab masing-masing - adik-adik semua dah kawen. Semua ada kaler tema sendiri. Kalau nak bertema pun yang tinggal aku, ayah dan mak. Uh, miss that moment.

Totally, tahun ni persiapan raya memang out lah. Sampai saat ni, satu apa pun aku tak beli lagi. Tudung raya takde. Baju raya aku pakai baju yang aku tempah bulan lepas - baju terlonggok yang aku amik untuk dijadikan baju raya. Sandel dah ade - tu pun tak sengaja beli 2 bulan lepas sebab nak setelkan voucher yang Vincci bagi. Lagipun tak pernah pakai lagi. Buat pakai raya sudah.Satu-satu benda yang aku prepare awal ialah Kuih Raya. Awal-awal dah order. Itu pun sebab tak sengaja order.

Yang pasti bonus raya dah dapat. Tadi pagi ada plan nak pergi uptown kat Mines. Mungkin malam ni baru dapat feel raya tu. Harap-harap macam tulah. Bunga api untuk anak buah pun dah beli ni.

Buat semua kenalan samaada di alam nyata mahupun di alam maya, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Jemputlah datang umah.


Gambar di atas : Shooting kat opis. 

Ringkasan : Welcome DADAT. Tahun ni pestime beraya. Tak sabar nak tengok karenah die. Tak lupe Yeyen dan Sholin. 


Dari AKU,

4 comments:

Shila said...

Dapat bonus..? kak, nk duit raya gak..!

Unknown said...

selamat hari raya pija..jemput beraya ke rumah knur ye :)

GADIS INI said...

untung ler.. bole shoting2 at opis...

nur said...

Slmt raya. MZB... Jum beraya






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..