Saturday, August 31, 2013

Trip Ke Sabah - Hari Kedua Part 2 - Edisi Throw Back

Ha amik kau. Panjang pulak kite rase tajuk entry kite. Ade kite kesah? Ok. Sambung semula menulis.

Hari Kedua - Kundasang & Kota Kinabalu.
Ok. Mengambil masa yang terlalu lame untuk update part 2. Bukan apa. Sebuk beraya. Sebuk berpuasa. Sebuk mengeramkan diri sebab baju raya tak siap. Ok dah. Itu aku cerita lain kali hokey.

Hari kedua di Sabah. Pagi tu masih di Kundasang. Berade di tempat yang tinggi, dingin menjadikan aku kemalasan nak bangun dan pulang. Rasa nak duduk situ lama-lama. Yang pasti aku akan repeat balik tempat nih. Berbulan madu mungkin. Hehe.

Brekfes dekat resort ni je. Not bad. Tapi yang kesiannya tengok Qaiser. Muntah-muntah. Tak pasti ape sebab. Tapi syukur die tak banyak ragam. Tak menangis. Cume tak mahu makan. Cian die. Lepas brekfes, kiterog terus gerak ke Dairy Farm yang ala-ala New Zealand Malaysia tu. Sampai je aku rase teruja. Subhanaullah. Canteknya ciptaan tuhan. Nampak luaran panas terik. Sekali dah menapak kaki kat tempat tu, MasyaAllah, sejuk sangat. Lagi-lagi angin sepoi-sepoi bahse dok lalu-lalang kat hidung aku. Memang superb lah.

Rayyan paling excited. Terjeirt-jerit. Kejap cow. Kejap Lambu. Kejap cow. Kejap lambu. Sorry uols. Aku lupe bayaran masuk sini. Tapi tak cecah RM5 sorang kalau tak silap. Lepas puas bergambar tengok lembu-lembu, kiteorg terus ke Memorial War. Kat sini kene menapak naik atas. Lebih pada tempat sejarah. We all tak lame kat situ.



On the way nak balik KK, we all singgah kaki gunung Kinabalu . Walaupun tak dapat nak panjat gunung Kinabalu, dapat bergambar pun jadilah kan. So sakanlah bergambar. Dah penat lepak dan bergambar, we all layankan perjalanan dalam 2 hingga 3 jam ke KK.



Sampai KK, we all amik kunci apartment. Duduk di Marina Apartment. Cantek bilik nih. Bersih. Pun dah booked lama. Tak silap satu malam RM300. So aktiviti hari tu lebih pada jalan-jalan ke Pasar Philipine.

Bakal Bersambung....tapi tak tahu la bila...

Dari AKU,

Friday, July 26, 2013

Kundasang & Hari Pertama Part 1 - Edisi Throw Back

Pergi dah lama. Tapi nak update kat sini macam malas. Aku pun dah lupe kisah-kisah menarik mahupun tentatif percutian kali nih. Tapi takper. Aku cube menulis sebaik yang mungkin. Semudah yang mungkin dan sesenang mereka yang singgah untuk membaca.

Percutian kali ni kami pilih untuk Ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Kali ni pergi sekali dengan mak teh sekeluarga. Tinggal ayie je tak pergi sebab Eca tengah sarat mengandung.

Hari pertama tu kami pilih untuk pergi Kundasang dulu. Sampai je dekat Kota Kinabalu (KK), we all cari van dulu untuk disewa. Disebabkan ahli rombongan masa tu 12 orang so ngam-ngam la naik van. Dah dapat van gerak la ke Kundasang. Perjalanan nak ke Kundasang dari KK ni ambik masa agak lama iaitu 3 jam uols. Dah la masa tu hujan lebat. Jalan kecik simpang siuk. Memang agak suspen dan ngeri lah. Tapi Alhamdulillah kiteorang selamat sampai sana sebelom matahari terbenam. Faham-faham je lah. Kat sana kul 6 dah gelap gelita.

Menginap di Cellyn Resort. Tempat tinggi mengadap gunung Kinabalu bah. Memang bes dan mengujakan. Tempatnya memang cantek. Hari pertama tak pergi mana-mana pun. Sebuk bergambar sekitar resort jer. Esok tu baru plan nak singgah Dairy Farm, War Memorial dan Kinabalu Park. Memang beslah.








Bakal bersambung.......  
Nantikan episod yang lebih berahi dari aku...huawahuahwahuhuawaaaaaaa...

Dari AKU,

Step Away

Salam Ramadhan yang masuk hari ke 17 kalau aku tak silap. Tekak masih sakit. Hopefully boleh recover menjelang hari raya.

Tak ada apa yang nak dikongsikan pun sebenarnya. Saje je tengah bosan mengadap dinding bilik yang dah bertahun tengok. Masih color yang sama. Design yang sama. Dan segala-galanya masih sama. Tunggu aku kawen dulu then baru bilik tu jadi macam bilik yang bila sesiapa je masuk dah tak nak keluar-keluar. Believe me!

Lately ni perasaan menebal sangat nak beli rumah. InsyaAllah rezeki tu ada. Tapi halangan utama nak cari rumah yang sesuai. Target aku tahun depan aku nak jugak rembat sebijik. Tak kisah lah rumah macam mana. Janji bila aku tengok aku puas hati. Aku jatuh cinta.

Ok. Bakal Bersambung. Buat Hanip. Selamat menulis. Akan ada masanya nanti kau bosan nak menulis. Ada masanya nanti kau rasa meluap-luap nak menulis. Ape-ape pun selamat berbelog.

Happy- happy sokmo guys.


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..