Tuesday, October 25, 2011

Sepi yang mengundang kecelaruan

Sepi.

Hari ni masuk opis rasa sunyi. Tak ramai lagi orang. Aku agak ramai yang dah mula bakar lemang kot malam tadi. Esokkan raya. Tadi jalan pun lenggang. Tak jem langsung.

Tapi kadang-kadang sepi itu lebih indah kalau kite betol-betol pandai nak hargai keadaan tu. Tapi yang tak besnya, kalau dah terlalu sepi, mulalah aku nak pikir benda-benda yang tak patut aku pikir dah.

Satu kesilapan. Mungkin ya. Allah nak uji di atas kelalaian aku. Aku amik sebagai pengalaman dan pengajaran. Pasti ada hikmah atas segala yang berlaku. Pasti ade kegembiraan yang lebih baik disebalik kedukaan. Pasti ada balasan pada yang membuat salah. Pasti akan ade airmata untuk kegembiraan dan bukan semata-mata untuk kesedihan.

Aku redha. Aku pasrah. Tertipu dengan ungkapan manis amat memeritkan. Terpedaya dengan tingkah laku yang mengasyikkan juga menyeksakan. Terima kasih pada family yang menyokong dan mendoakan aku.

Bersyukur. Itu sudah pasti. Sebab Allah bagi aku petunjuk. Petunjuk dari setiap istiharah yang aku lakukan. Kembali kepada yang dulu tidak mungkin. Aku tak nak dan aku tak mahu. Bantu aku ya Allah.

Apa aku merepek ni. Tengok kalendar. Masanya sudah tiba. Patutlah hormon tu berbelah bagi. Feel mixed. Persetankan. Zikir lebih baik dari terus melayan benda yang tah apa-apa.

Aku perlukan rahmatmu Ya Allah.





Dari AKU,

Thursday, October 20, 2011

Ke Laut

Salam

Lama tak update ape-apa kat sini. Lately ni terlalu banyak kerja yang membataskan jari jemari aku yang halus ni untuk mengarang. Penat. Tapi aku puas. Aku seronok. Aku happy. Syukur Alhamdulillah. Hari ni, pagi ni aku rasa agak letih dan mengantuk.

Speechless.

Erm, apa aku nak buat nih. Makan? Dah sudah. Dah kenyang. Makan dengan mak kat umah tadi. Pagi-pagi aku dah makan nasi berlauk. Fuh, lemak!! Layan facebook? Aku dah muak dengan mukabuku nih. Membosankan. Menjengkelkan. Melalaikan. Sudahnya aku ke sini melayan perasaan.

Kerja? Masih terlalu awal untuk aku mulakan. Baru jam 9 pagi. Kurang-kurang pukul 11 ke, pukul 12 ke baru nak start enjin. Kat sini tak leh YM, tak leh nak chat. Nasib baik boleh main Facebook. Boleh jugak intai kawan-kawan, hantar pesanan bila teringin sangat nak bergosip. Padahal aku baru kata FB ni memboringkan. Hehehe..

Ah. Aku kena pergi makan jugak lah. Ada makan free kat bawah. Jangan terkejut kalau aku gemuk nanti.

Chaw.


Dari AKU,

Tuesday, October 11, 2011

Sharing is not Caring

Salam Satu Malaysia.

Eceh, tibe-tibe lak aku menjadi orang bangsawan. Mood belanjawan lagi la katekan. Aku tak tahu nak stori ape kat dalam nih tapi nak gak membebel sebab aku dalam mood boring takde kerja. Erti kata lain aku mengepak je dari tadi. Aku bukak blog orang. Aku baca, aku komen tapi aku tak tahu nak tulis apa. Aku tahu ade cerita tertunggak nak diceritakan tapi nak susun ayat tu macam kemalasan la pulak.

Adeh, dah tak tahu nak cerita apa dah. Ok lah. Baik aku berhenti menaip sebelum aku menulis sesuatu yang sampah.


Sharing :

Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light


Dari AKU,






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..