Thursday, January 6, 2011

Cameron Hinglands Part 2 : Edisi Panas Badan

Cameron Highland. Tempat ni bes pada aku. Dengan kawasan hijau yang menyegarkan bijik mata nak tengok. Dengan suasana sejuk yang memakse aku membeli glove ala-ala pekebun berjaya, tapi seronok sekali sekala dapat lepaskan lelah kat sini.

Aku sampai lagi kat sini buat kali kedua. 1st time pergi masa tahun 2008. Tak sempat nak jalan-jalan sangat masa tu sebab just singgah gedik.

Atas pengalaman jem nak mampus masa 1st time pergi, aku plan nak gerak malam-malam. Boleh bayangkan tak kalau nak ke Tanah Rata yang hanya tinggal lagi 8km nak sampai tapi ambik masa 2 jam? Memang boleh seteres wei. Sakit otak. Dengan otai-otai yang bawak lori main celah jerk. Gerun..

So, aku decide nak gerak malam dan berimaginasi yang aku akan sampai sana waktu pagi-pagi. Kalau tak silap aku gerak dalam pukul 1 pagi. On the way pergi tu aku tidur sebab penat mengemas umah petang tu. Bukak-bukak mata dah sampai Tapah.

Melantak tak ingat kat Tapah dan teruskan perjalanan. Kuar simpang Pulai, amik jalan ke sana. Mase tu jam dah pukul 5 pagi. Seram gak masa tu. Jalan memang takde kereta pun mase tu. Lagi seram masa lalu tempat accident bas yang berpuluh-puluh orang mati tu.

Sepanjang jalan aku ngan member bercerita. Non-stop. Sesekali lalu gak lori kecik yang bergerak laju. Dah otai gitu lah.

Alhamdulillah. Pukul 6.45 pagi sampai dan sempat menunaikan solat subuh kat Masjid Brinchang. Cuace mase tu sejuk sangat-sangat. Sampai aku tak mampu nak bergerak.

Ade lagi beberapa jam sebelom aku boleh masuk hotel yang aku dah book awal2. Hotel mane? terjah sini.

Bersambung......



Dari AKU,

Wednesday, January 5, 2011

Cameron Hinglands Part 1 : Edisi Tempat Tidur

Pesal rasa macam ketaq je jari nak menaip. Tak tahu nak susun ayat dah nih. Lama sangat cuti. Lama sangat kuman dok menyerang kepala otak aku.

Ok. Balik pada tajuk asal. Aku nak citer pasal bagaimana aku menghabiskan sisa-sisa balen cuti aku yang 2 hari tu. Plan iyer-iyer je nak pergi ke ke pantai la. Nak dengar bunyi ombak lah. Nak dengar desiran pantai lah. Tapi sudahnya aku pergi ke satu tempat yang aku memang rindu nak pergi.

Mase dah singkat nak buat keje booking membooking nih. Nak cari tempat yang serba bes lagi murah memang tak dapat lah jawabnya. So, main taram la aku dok mengoogle. Yang penting murah, selesa dan selamat.

Dah dapat pun. Nampak kat web ni macam ok jer. Murah pun murah. Ni dia webnya. Cerita selanjutnya, aktiviti merentas desa kat Cameron Highlands yang mencapai tahap sejuk melampau akal fikiran aku.

Overall, guest house ni ok sangat-sangat. Bilik pun murah. Baru Rm45 satu malam. Leh sumbat 2 orang lagi. Takat nak tidor, blik air kat dalam - inilah tempatnyer.


-sekitar KRS Pines Guest House-


-resit booking nih-


Dari AKU,

Rindu

Rindunya dengan benda alah goblog nih. Hari ini hari pertama masuk opis untuk tahun baru nih. Rindu dengan semuanya. Rindu nak membebel kat dalam blog. Rindu nak baca cerita kawan-kawan.

Harap-harap ade la kudrat aku hari ni dan bersemangat macam selalu. Banyak benda nak cerita nih. Terlalu banyak. Kalau aku tak cerita kat sini, aku takot nanti aku tak boleh nak flash back ape yang aku dah buat.

Oh ye. Hari ni aku datang opis pukul 10 pagi. Bile la azam nak tercapai nih. Aduhai.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..