Sunday, April 11, 2010

On 10 April 2010


Salam dan selamat sejahtera...

Saje nak mulakan bicara dengan sesuatu yang berkhemah. Lebih afdal orang kata, sapa yang nak menyebok pun akan pikir 10 kali. Tak gitu?

Kenape aku bercerita pasal tarikh nih..?
Jawapannya senang jer. Aku sedang bosan menunggu masa untuk hari ini. Rasa malas sangat nak buat apa-apa untuk hari nih. Nasib baik masa aku sampai tadi bilik bos aku gelap gelite.. Arghh..hari isnin yang bisa memblueskan aku. PARSAH..!! So, jawabnya aku akan mula menekan2 keyboard aku ni dengan cerita yang aku rasa nak cerita.

Cerita pertama..
Alahai Rayyan. Nyenyaknye die tidor. Hari ni genap die berumur 2 bulan. Kejap je kan. Muke tenang je die tido, jap lagi nak kene cucuk montot lah.

"Bleh masuk sekali ke?"
Pura-pura tanya la pulak. Padahal aku, alang, angah dan firul dah meluru masuk bilik doktor tu dah.

"Bleh!" jawab nurse tu sambil senyum..!!

Mase budak kecik ni kene enject, die dah merengek nak menyusu. Sekali kene cucuk, die punye menjerit sebab terkejut kot. Tapi, sekejap je. Pastu, dia diam dah. Good boy..!!



Cerita kedua..

Lepas aktiviti menyaksikan Rayyan dicabuli buat kali kedua, kami terus merempit ke The Garden ngan Midvalley. Dalam kereta kemain baik nyer la dia. Kereta berhenti die merengek. Kete berjalan die senyum. Agak bahaya kalau jem ni kang..!!





Cerita ketiga..
Sebenarnye malam ni aku saja-saja nak sokong KEDAH..! Mintak maap ye ILA. hahahha..Tapi sekali Negeri Sembilan menang la pulak. Tahniah lah kuucapkan. Buat pasukan Selangor, korang benar2 mengecewakan aku.


p/s: aku kalah bet gak nih..aduhhhh

Thursday, April 8, 2010

GIS oh GIS

Semalam masa meeting, aku lebih pada mengelamun entah ke mana-mana. Nak kata aku sampai ke Paris, tak jugak. Tapi, tempat itu indah sangat..ermmm

"Hafiza, how many years u have been here?".

Suara lantang Mr.David yang tibe2 tu berjaya mengegarkan lamunan aku yang kononnya dah jauh ke Paris.

" since 2005.."

Sambil tersengih-sengih manja aku menjawab. Dengan harapan, gaji aku akan dilipatgandakan seperti tahun2 sebelumnya. Saat tu terbayang bonus yang berbulan-bulan.

" Almost 5 years" .

15 July 2010 kira cukup lah 5 tahun. Sangat membanggakan. hahaha...Macam tak percaya. Lama sungguh aku kat company nan satu nih. Teringat mula-mula aku dipanggil untuk interbiu.


"Segambut?.." gile jauh. Dalam hati, dah berkira-kira sangat nak pergi. Aku ingat lagi jasa Amie yang menghantar aku. Terima kasih ye. Dan, alhamdullilah aku diterima kerja kat sini. Yang bestnya, flexible hour tu. As long u work 8 hour per day.


Yup, pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun aku kat sini as GIS ANALYST. Dari aku sorang-sorang dan sekarang dah ade 5 staff. Sikitkan? Mmg sikit sebab main office kat Ipoh sane.

GIS is stand for Geographic Information System. Dan ramai tak tahu apa itu GIS. Kalau aku nak explain, mmg tak terexplain ape kejadahnye bende alah nih. Tapi , secara mudah aku bagitau pada sapa-sapa yang berminat.

"Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat."


So, sape2 ada adik or abg or anak yang nak amik course ni, aku memang galakkan sangat2. Sebab, GIS dah semakin berkembang sangat sekarang ni. Even, polis pun nak gunakan GIS untuk tangkap penyenayah. Fuh, kelas uols...! Kalau nak best lagi, amik la course ni kat Uitm. Gerenti korang suke. Oh, rindunye kat Uitm..Uitm, dihatiku...lalallalala

Majulah GIS untuk negara.

Tuesday, April 6, 2010

BOSAN!


Pernah rase tahap
BOSAN yang tah apa2. Time studi dulu aku selalu cakap 'bosan macam cibai'. Emy,ex housmate aku dulu selalu kata' bosan macam tonyok'. Macam-macam jenis bosan lah yang dieorg dok kata. Tapi, nape BOSAN sangat nih. Bosan tahap yang dah takde tahap dah!!

Bile BOSAN..
Nak main game pun malas.
Nak siapkan kerja pun malas.
Nak bersembang-sembang pun malas.
Nasib baik, makan aku tak malas.

Pengubat BOSAN aku dikala ini.
TIDO dan SHOPPING je..!!!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..