Sunday, December 8, 2013

Bandung - Part 1

Salam,

Kali ni aku nak stori percutian we all satu family ke Bandung, Indonesia. Alhamdulillah, kami semua selamat pergi dan selamat balik. Pergi selama 4 hari 3 malam. Itu pun seriusly tak cukup. Macam biasa we all beli tiket masa Air Asia meroyan buat sales la kononnya. Dapatlah murah. Yeke murah? Pada aku murahlah kot. RM160 seorang pergi dan balik.

Sebelum pergi sana, aku memang buat homework sikit. Mana tempat nak pergi. Hotel apa nak duduk. Transport apa. Sekarang tak susah macam dulu. Kau ada laptop, ada internet dah boleh dapat maklumat segala bapak dengan hujung jari je.

Kiteorang pergi pagi. Sampai sana dalam pukul 10 pagi macam tu. Supir memang dah book awal-awal. So pagi-pagi aku dah nampak die pegang nama 'Norazima'. Ok kalau cerita bab supir. We all sewa Esuzu untuk 12 orang. Condition memang memuaskan hati. Pak supir pun bes. Van ni kiteorang sewa dalam RM700 untuk 4 hari 3 malam. Murahkan?

So, sampai sana kiteorang terus makan makanan Padang. Lapar kau. Dah la keluar rumah pukul seawal pukul 4 pagi. Makan sedap dan tak mahal. Dah makan terus Pak Supir bawak pergi factory outlet. Tak ingat dah nama-nama FO tu. Tapi FO tu dekat-dekat je. Leh jalan kaki dari satu outlet ke outlet yang lain. Dah penat cuci mata, terus check in Hotel. Kiteorang duduk Hotel Prago. Untuk 12 orang kiteorang amik 4 bilik dengan harga RM1300 untuk 4 hari 3 malam. 

Petang tu lepas berehat, kiteorang pusing-pusing lagi area Hotel sebelum makan malam dekat Restoran Sunda. Pergh sedap dan murah. Restoran punyalah cantik. Aduhai, tiba-tiba rasa rindu nak terbang ke Bandung lagi.

Ok. Setel cerita hari pertama di Bandung. Esoknya tu we all dah mempersiapkan diri untuk Shoping kat Pasar Baru. Aku masukkan gambar untuk feel yang lebih pada yang membaca tulisan ini.








Secara ringkasnya,
Airasia : RM160.00
Hotel : RM1300.00 untuk 4 hari 3 malam
Supir : RM700+ untuk 4 hari 3 malam
Makanan padang (12 orang ) : RM120.00
Makanan Sunda (12 orang) RM120.00

To be continue..

Dari AKU,

No comments:






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..