Saturday, December 7, 2013

Sabtu

Hari ni hari Sabtu. Sepatutnya aku ada larian kat Putrajaya. Tapi tahun ni tak dpat nak menjoinkan diri sebab kaki terseliuh minggu lepas. Apa boleh buat. Tak kan nak belari jugak. Kang tak pasal-pasal, dari boleh berjalan jadi tak boleh berjalan. Kau nak macam tu? Jawapannya - aku memang tak nak nok..!!

Pagi ni hujan. Senang cerita sekarang ni memang musim hujan. Dan rasanya semua orang tahu saudara-saudara kita dekat Pantai Timur sedang dilanda musibah - banjir. Terputus hubungan dengan dunia luar. Kesejukan. Kelaparan. Ya Allah, aku panjatkan doa agar mereka tabah dalam menghadapi ujianMu ini dan redha di atas segala ketentuannya.

Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa. 

Cuma sedang memikirkan untuk menulis pasal seseorang. Nak cerita ataupun tidak? Tapi rasanya macam terlalu awal untuk mengetengahkan apa yang aku rasa sekarang. Doa aku hanya satu "kau mudahkan lah apa yang kami mahukan. Apa yang kami rancangkan. Amin". Aku memang suka berdoa masa hujan. Bukan apa, aku jadi ikhlas dalam meminta.

No yang tidak sempat dilarikan. Sedih
Nota PIJA : kalau dunia ini persinggahan, kenapa masih mengejar benda yang tidak pasti.

Dari AKU,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..