Thursday, October 6, 2011

Demam dan Musim Haji







Dari aku kecik, aku selalu diperdengarkan bile musim orang pergi haji je, musim demam pun akan sama-sama datang menyerang. Dan sama ada secara kebetulan atau tidak, aku adalah salah seorang yang tak terlepas terkena penyakit demam nih. Bukan takat demam tapi batuk dan jugak selsema. Bukan aku sorang je yang kena, mak aku, adik aku dan anak buah aku pun sama kena. Tinggal bapak aku jer yang jarang sangat-sangat kena demam nih. Ni pun batuk dan selsema aku still lagi ada. Dah lebih dari seminggu.

Motifnya sekarang, ape kaitannya musim orang dengan nak pergi haji dengan penyakit demam. Macam tak sedap lak bunyiknya. Kalau dipandang dari sudut negatif, tak baik la pulak nak kaitkan sesuatu yang baik iaitu mengerjakan haji dengan sesuatu yang kurang baik iaitu penyakit. Tapi, aku tak pasti kalau aku je yang selalu dengan pasal nih. Tapi orang lain tak.

Kesimpulannya, mungkin perubahan cuaca memang berlaku masa bulan haji. Perubahan cuaca ni yang sebenarnya membuatkan kita ni didedahkan dengan penyakit. Setuju? Setuju je lah. Hahaha..






p/s: Pada yang dijemput oleh Allah untuk mengerjakan haji, semoga kalian selamat tiba dan selamat balik. Pada yang kenal akan aku, doakan aku kat sana.



Dari AKU,

4 comments:

ghost said...

semuanya bermula dengan kebetulan,kendian kebiasaan dan pada akhirnya dijadikan satu kepercayaan.

Prince Halilintar said...

salam Miss PIJAOSIX

ye ye..prince setuju..hihi

tapi prince xpernah la dgr org gi haji musim demam pun dtg menyrang..mgkn sbb demam rindu kot kat org yg g haji tu..hehe

CHENTA said...

DEMAN ke DEMAM??? pegi bukak kamus balikkkk

Miss PIJAOSIX said...

CHENTA : baru perasan. Gara-gara menulis di word la nih. ni mesti sebab kamus omputih tu pandai2 tukar..!!






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..