Friday, October 7, 2011

Kisah Hari INI

Salam Jumaat buat semua.

Lama tak menulis dekat sini. Rasa rindu sangat nak membebel macam dulu. Tapi apakan daya. Aku masih dalam proses menyesuaikan diri dekat sini. Sini tu maksud aku adalah tempat kerja baru aku ni la. Nak sesuaikan diri dengan environment yang agak jangkal pada pandangan mata aku. Tapi overall tampat ni ok pada aku. Dieorang ni baik-baik belaka. Kat sini memang meriah dengan makanan. Asalkan ade meeting makanan mesti melambak-lambak. Yang tukang abiskan kiteorang ni lah. Jamuan raya kat sini pun tak abis-abis lagi. Jimat duit aku. Hahaha.

Kalau ikotkan banyak sangat stori yang aku nak ceritakan dekat sini. Cerita aktiviti aku dekat kuantan hari tu pun tak setelkan lagi. Alamatnya berkepuk la citer tu nanti. Tapi tak pe, aku akan pastikan yang aku akan menyetelkan semua citer tu. Paling bes adalah cerita tentang kemunculan produk baru dalam keluarga aku. Tak lain tak bukan adalah tentang my 1st niece yang telah selamat lahir mengikut tingkap mcm abangnya jugak pada 23 September 2011 jam 8.15 dengan berat 2.83kg. Anak dara ni diberi nama sebagai Emillyn Ar Ramadhani.

(Emillyn Ar Ramadhani)

Secara keseluruhannya, aku bersyukur sangat dengan segala yang Allah dah aturkan untuk aku. Alhamdulilah. Setiap kedukaan itu pasti ade penghujungnya jika kite redha dan sentiasa mengadu padaNya. Mungkin aku akan buat satu entry bagaimana aku boleh menghadapi segala-galanya dengan tabah. Menerima sesuatu yang berlaku dengan redha bukannya senang. Itu aku akui. Nasihat aku cuma satu, memaafkan orang yang buat salah pada kita adalah sebaik-baiknya. Dengan cara ini je kita akan tenang dan biarlah Allah yang uruskan segalanya dan mendoakan orang ke arah yang lebih baik adalah lebih bagus. Setiap doa yang baik untuk orang lain akan mendatangkan 10 kebaikan semula kepada kita. InsyaAllah. Yang penting kita ikhlas.

Ok lah. Mungkin itu saja setakat ini. Aku sayang dengan apa yang aku ada sekarang. Aku mohon moga Allah sentiase kurniakan aku rahmatnya dan tunjukkan aku ke jalan yang lurus. Wahai manusia yang menyayangiku, ingatkan aku jika aku lalai. Ingatkan aku kalau aku terleka. Ingatkan aku jika aku sombong.


Dari AKU,

2 comments:

GADIS INI said...

hani yang kuat tidoo..ipap..ipap..

Suara Kalbu said...

Salam Pija..

Suka dengar awak dah lalui hidup dengan baik dan tenang sekarang.

Banyak hikmah atas setiap kesakitan yang kita lalui dengan sabar






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..