Wednesday, December 29, 2010

Jangan tanya soalan sama BANYAK KALI. Aku bukan BODOH..

-pic dari google-

Aku tak marah. Tapi aku rimas. Rimas dengan soalan-soalan yang dah naik letih aku nak jawab. Kalau lah aku ada kuasa menjenguk ke masa hadapan, dan boleh tahu ape kemungkinan yang aku bakal hadapi, kompem aku bagikan engkau, engkau, kamu dan kamu semua jawapannya. Siap extra jawapan lagi. Dengan kehidupan ko sekali aku scan.

Pakai otaklah kalau nak tanye. Dah tanya, bile aku jawab dengan baik-baik, siap senyuman manis lagi, ko tanya soalan lain pulak. Macam aku ni takde otak pulak nak pikir semua benda-benda tu. Siapa yang tak nak? Siapa? Meh bagi tahu aku. Letih lah beb.

Aku tak amik tahu hal korang. Tapi kenapa lah nak amik tahu pasal aku. Aku bahagia jer dengan kehidupan aku sekarang. Aku bahagia je bile adik-adik aku melangkah bendul aku untuk menjalani kehidupan lain bersama suami masing-masing. Jangan nak buat soalan PERLI dengan aku. Kang kalau aku membalas takot ko tak sanggup nak tegur aku lagi.

Yang penting, aku gembira gile nak terima mereka dalam kehidupan aku.

Jangan kata mereka yang bertanya tu cube mengambil berat. Sebab naluri aku lebih mengatakan mereka hanya cube menyibukkan diri. Ade suami dan anak-anak kan nak jaga. So, boleh tolong jangan kacau aku. Kalau betol takde ape nak buat, pergi kacau orang lain.

Tibe masa, aku jemput. Jangan risau.

Yang pelik dan hairan bin ajaib, nenek aku yang tua pun tak pernah nak sibuk. Makcik-makcik aku yang kepoh sekolah pun takat tingkatan 5 pun tak pernah nak tanye soalan berulang kali. Tapi yang sekolah tinggi-tinggi sampai cucur atap lak nak tanye lebih-lebih.

Seingat aku, setahu aku, sejak aku pandai bercakap, aku tak pernah tanya soalan-soalan yang bukan-bukan apetah lagi berulang kali. Dah kawin ke. Laa, kenapa tak kawin lagi nih? Dah ada baby belom? Berapa gaji ko kat sane? Ko dah beli rumah? Bile ko beli baju baru nih? Anak ko dah besar dah ni, bila nak tambah lagi?

Hampeh..- lama tak sebut perkataan ini. Apa-apa pun, maaf andai bahasa aku nampak sedikit kekurangan ajar. Aku tak maksudkan kamu yang membaca. Terima kasih.


Dari AKU,

9 comments:

Encik MamaT said...

kerenah manusia semuanya kadang tampak sama.. selalu saja mempersoalkan.. kadang2 dah tahu masih lagi bertanya... sabar... keadaan kita sama walau tidak serupa...

Cikpuan Qiqi said...

sbr na...sbr...besa le manusia...kadang deme ni saje je....tp...sakit ati nye kite kn...takpe2..tarik nafas dlm2...n lepas....jgn dpkir2

Lydia Miza said...

cepuk je mulut depatu pija..adehh tanya x abis2.huhu

Anonymous said...

Salam

Dah agak, ini mesti soalan kahwin.
Bosankan?
Sesekali mahu juga rasa bebas tapi Pija, kita terimalah dengan rasa positif. Dengar, angguk, senyum dan angkat kaki. Lupakan kalau kita tak suka. Mungkin boleh baca catatan saya yang serupa di sini :http://sephisephia.blogspot.com/2010/12/manusia-makhluk-yang-tidak-pernah-puas.html

Farah Awang said...

haha
aku pon salu kena beb
aku paling tak suke soalan "tgh wtpe tu?" kalau tgh online
pergh rasa nk trajang doplopatkali
of course ar tgh online
haduhaiiii
=.=''

Suara Kalbu said...

Salam Pija,

Sabar ye yang. Manusia busy body memang mcm tu. Buat tak tau je. Nanti esok2 anak2 depa plak yang org duk tanya sama mcm yg depa tanya kat awak. Dunia ni bulat ..pi mai pi mai tang tu jugak kena nanti

Kak Amy said...

manusia macam tue la x akan berhenti dari mengajukan soalan2 cepung mas nie.. kadang jadi tertekan di buatnya tapi sekarang amy buat bodoh je.. x kawen salah dah kawen salah.. kesimpulanya pekakan telinga je la..

GADIS INI said...

tgk cm i..ta penah tny,,

pasal i memahami u kak pija..hahah

pls contohi i..hahaha

Qaseh Dalia said...

biasalah akak..banyak2 bawak bersabar okeyh...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..