Tuesday, September 28, 2010

Ada apa dengan NOMBOR

apek tak sensem : jangan amik nombor ampat laa amoi. Manyak sial la itu nombor
aku: dah tu apek, wa nak amik nombor aper pulak?
apek tak ensem : nombor lapan. Bahgia punya maa..

Hahahaa. Aku tahu semua orang tahu macam mana kaum ini begitu percayakan tuah disebalik nombor. Nak kawin, nak beli kereta, nak beli rumah nak beranak nak macam-macam lagi lah - semua nak kene tengok nombor.

Semalam, ade yang cadangkan aku kawin pada 091011. Cantek gak tarikh tu? Ade nilai komersial jer. Kebetulan jatuh time cuti.

Macam tahun ini lah. Ramai sangat yang berebut-rebut nak kawen pada 10.10.10. Si hensem angkasawan tu pun pilih tarikh tu. Dalam paper pun ada bagitau betapa peningkan kepala KADI nak setelkan pasangan-pasangan yang merintih,merayu nak kawin tarikh tu gak.

Jangan layan je kadi. Macam takde tarikh lain la pulak. Heheee

Alah. Sepanjang hidup, aku tak pernah terpikir nak tunang, nak nikah nak kawen untuk tarikh-tarikh atau nombor-nombor tertentu. Janji selamat kawen. Selamat beranak. Selamat segala-galanya.

Yang aku inginkan - kalau lah boleh. Aku nak nikah pada malam Jumaat. Di satukan pada tarikh yang sama aku dilahirkan di dunia. Mana tahu, ianya menjadi kenyataan. AMIN..

Dari AKU,

7 comments:

Encik MamaT said...

hehe.. umat islam jangan ada kepercayaan macam tu ek... kang tersasar jauh dari landasan...

BEKOK said...

nombor nih, sesetengah orang suka menitik beratkan, supaya bila ulang tahun, jadi gembira aja... semua nh atas diri sendiri... nombor juga mampu memotivasikan diri....

Miss PIJAOSIX said...

senang citer biarlah segalanye menjadi mudah bukannyer mendatang kesusahan..heheee

aku suke no 6...mungkin sebab aku dilahirkan pada bulan ini...heee

No name said...

wah baru terpikir no 9 10 11 tue, tp nak kwen lmbat lagi lol... :(

Akulah Aqilah Itu said...

aku suka nombor lapan. sebab tebalik macam mana pon, masih no 8 jgak. =)

Miss PIJAOSIX said...

hahahaa...no 8 manyak ong wo..kate org cine la....!!!

Akulah Aqilah Itu said...

ingat masa sekolah dulu, ada kawan chinese,dia pergi jawab exam bawak 8 batang pensel, untuk dapat ong jawab exam tu.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..