Thursday, April 8, 2010

GIS oh GIS

Semalam masa meeting, aku lebih pada mengelamun entah ke mana-mana. Nak kata aku sampai ke Paris, tak jugak. Tapi, tempat itu indah sangat..ermmm

"Hafiza, how many years u have been here?".

Suara lantang Mr.David yang tibe2 tu berjaya mengegarkan lamunan aku yang kononnya dah jauh ke Paris.

" since 2005.."

Sambil tersengih-sengih manja aku menjawab. Dengan harapan, gaji aku akan dilipatgandakan seperti tahun2 sebelumnya. Saat tu terbayang bonus yang berbulan-bulan.

" Almost 5 years" .

15 July 2010 kira cukup lah 5 tahun. Sangat membanggakan. hahaha...Macam tak percaya. Lama sungguh aku kat company nan satu nih. Teringat mula-mula aku dipanggil untuk interbiu.


"Segambut?.." gile jauh. Dalam hati, dah berkira-kira sangat nak pergi. Aku ingat lagi jasa Amie yang menghantar aku. Terima kasih ye. Dan, alhamdullilah aku diterima kerja kat sini. Yang bestnya, flexible hour tu. As long u work 8 hour per day.


Yup, pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun aku kat sini as GIS ANALYST. Dari aku sorang-sorang dan sekarang dah ade 5 staff. Sikitkan? Mmg sikit sebab main office kat Ipoh sane.

GIS is stand for Geographic Information System. Dan ramai tak tahu apa itu GIS. Kalau aku nak explain, mmg tak terexplain ape kejadahnye bende alah nih. Tapi , secara mudah aku bagitau pada sapa-sapa yang berminat.

"Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat."


So, sape2 ada adik or abg or anak yang nak amik course ni, aku memang galakkan sangat2. Sebab, GIS dah semakin berkembang sangat sekarang ni. Even, polis pun nak gunakan GIS untuk tangkap penyenayah. Fuh, kelas uols...! Kalau nak best lagi, amik la course ni kat Uitm. Gerenti korang suke. Oh, rindunye kat Uitm..Uitm, dihatiku...lalallalala

Majulah GIS untuk negara.

2 comments:

Ila Zakaria said...

ada keje kosong x kat sini..

Miss PIJAOSIX said...

ader2..
job description senang je..
cari bahan dan membahan..
sape byk bahan dpt mkn free nasi lomak sutun..!






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..