Salam Rejab semua. Moga Allah lebih memberkati perjalanan hidup kita. Ok macam ni. Adalah seorang hamba Allah ni tanya aku. Apa maksud cinta pada pandangan awak? Tak pikir panjang aku terus jawab. Punyelah skima jawapan aku. Aku dahlah tengah high dek ubat batok. Aku bagitau Cinta itu anugerah Allah. Anugerah yang tak ternilai yang manusia dapat kat dunia ni. Dan bla bla sampai aku lupe aku bebelkan apa. Dah abis aku bebel tu. Dia diam. Aku agak die puas hati dah dengan jawapan aku. Sebenarnya, masa aku tengah membuang tadi, aku terpikir balik pasal ni. So, jujurnya cinta pada aku macam ni. Cinta itu benda yang boleh buat aku senyum tiap2 hari Cinta tu boleh bagi aku tidur, makan dan mandi dengan aman Cinta itu bukan airmata Cinta itu kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan dan bukannya kesopanan dan kesusilaan Cinta itu bukan nafsu yang kau nak kena beromen Cinta itu maruah Cinta itu give and take Cinta itu tolak ansur Cinta itu adalah kasih dan sayang Senang cerita cinta itu adalah kegembiraan... Buat cinta hatiku. Tak kisahlah mana kau berada. Sesungguhnya aku tak kisah sapa kamu. Tak kisah apa rupamu. Yang aku kisahkan hatimu. Agamamu. Imanmu. Pengajaran aku dari pengalaman orang lain. Kebanyakkan sekarang ni, perempuan memberi seks untuk mendapatkan cinta manakala lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Aku tak menzahirkan semua lelaki maupun perempuan macam tu sebab aku percaya ramai lagi pasangan bercinta yang baik kat bumi ni. Aku cuma nak ingatkan diri aku sendiri dan mereka yang mahu sering diingatkan. Awas. Cinta juga boleh membunuh dan membuat kau tersungkur macam nangka busuk.
Aku datang kejap. Datang hanya untuk beritahu yang aku rindu nak menulis. Rindu sangat-sangat. Banyak kejadian yang aku tak dapat nak titipkan kat dalam ni untuk kenang-kenangan. Buat sahabat yang rajin menjenguk - jenguklah selalu. Mana tau ade nasib dapat baca benda baru yang aku bebelkan. Aku masih sama seperti dulu. Masih single. Masih cantek. Masih sehat. Masih bergetah. Nak muntah? Sila cepat-cepat lari ke toilet dan kemudian datang semula baca blog aku. Paham? Aku nak menaip balik. Aku nak aktif balik. Aku nak memberi pendapat balik. Aku nak. Aku nak. Aku nak. Tapi masa mencemburui aku. Maafkan aku goblog. Pasti aku akan datang balik. Puan Ila tunggu aku okey.
Menulis sekadar untuk kepuasan diri..
Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita..
Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata...
Ape yg aku tulis kat sini..
adalah ape yang aku LALUI..
ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..