Thursday, June 28, 2012

Hujan

Alhamdulillah, hujan turun jugak akhirnya. Kurang sikit panas. Rasanya dah berbulan tak hujan. Semalam juga aku turut terhujan sedikit akibat dicuit dengan perkara yang macam cilake. Sendiri salah lagu mau tuduh aku macam-macam. Lantak kau lah.

Indahnya andai dapat menadah tangan memohon doa. Lagi-lagi kalau doa time hujan nih, insyaAllah akan dimakbulkan.



Nota Hati : Terkenang saat doaku dimakbulkan kala hujan. Alhamdulillah


Dari AKU,

Wednesday, June 27, 2012

Pengantin Baru

Selamat dinikahkan. Selamat disandingkan. Selamat disatukan. Terharu. Aku panjatkan kesyukuran. Ya, alhamdulillah. Semoga kalian berdua dapat menempuh kehidupan berumah tangga dengan sebaik-baiknya. Jangan gaduh-gaduh sangat.



Pesanan Penaja : Pada siapa yang kenal, my sister in law juga adalah salah seorang blogger.



Dari AKU,

Saturday, June 23, 2012

Tatkala Umur Bertambah

Rasa tak terlambat untuk mengatakan Selamat hari Lahir buat emak dan kembarnya - Makteh guwe. Dan teristimewa sekali buat aku, buat aku dan aku. 14 June 2012, dunia menyaksikan detik-detik aku menyambut kelahiran yang ke tettttt dirahsiakan atas sebab-sebab kemaluan yang melampau.

However, aku heppy sangat-sangat dengan apa yang aku dah dapat sekarang. Terlalu bersyukur hingga kadang-kadang tak lepas mulut menyatakannya. Kesakitan dulu mengajar aku betapa aku perlu berhati-hati memilih kawan, berhati-hati dalam menyatakan sayang dan sebagainya.

Tahap ini, aku sedar betapa aku bersyukur Allah berikan aku jalan ini kerana dia begitu menyayangi aku. Tidak akan sesekali membiarkan aku terus hanyut dengan dunia yang aku cipta sendiri. Buat yang menganiya aku, belum terlambat untuk kau berubah, walaupun tiada perasaan insaf yang keluar dari mulut kau.

Ermm, lantak kaulah.

Hari Khamis lalu - masa besday aku nilah - aku MC. Hehehe. Bangun pagi kepala rasa sakit tak ingat punya. So dengan rasa tak bersalah dan tak ingat hari itu harijadi aku, aku dengan selambanya amik cuti sakit. Anyway, thanks Nadia yang call untuk wish dan menyedarkan aku that day is my day. Hehe

Esoknya punya cerita, Nadia and Jason belanja makan kek. Thanks guys. Sayang korang ketat-ketat. Pada yang wish through FB, thanks sebab doakan aku.




Nota Hati : Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..