Saturday, June 16, 2012

Kuala Terengganu - Part 1

Kuala Terengganu.

Seingat aku, sejak aku berakal, aku memang belum pernah lagi sampai ke Terengganu. So, bila berpeluang untuk ke sini even pergi untuk berkursus, aku sangat-sangat tak kisah. Janji sampai. Division aku, aku sorang je kene pergi. Nasib baik Dayah dengan Nazir pun join sama. Kenal dieorang tapi tak berapa nak rapat  sebab lain-lain department. Takde hal. Janji ada geng.

Aku ke sini pada 15 May - 17 May 2012 (lama dah pun, baru hari ini nak cerita. hehehe) Macam biasa, pergi naik MAS. Aku sampai sana awal. Pagi lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kalau ikut tentatif, register pukul 2.30 petang. Akal aku tak panjang. Kepala hotak aku nak sampai terus ke hotel je then tidor. Nasib baik aku  pergi dengan Nazir, die beriyer-iyer ajak jenjalan dulu. Takde hal kawan janji kau bawak, hehe. Die siap sewa kereta kancil lagi. Dayah takde masa nih sebab die sampai malam sebab dia ade meeting pagi tu. 


Sempat singgah mana tah, makan nasi kerabu. Dah makan-makan pusing-pusing amik angin. Nak kenal jalan dulu kata Nazir. Nanti petang boleh jenjalan katanya. Hehee. So, lebih kurang pukul 12 lebih kiteorang shoot terus ke hotel. Kiteorang stay kat Hotel Primula. Not bad hotel nih. Facing laut lagi. 



Aku terlene sekejap. Pukul 1 lebih terbangun, mandi solat dan bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Harap-harap aku tak mengantuk lah.

Next, ade masa aku cerita aktiviti berjalan-berjalan dan kursus apa yang aku kene pergi nih okey...


Nota : Bila redha, kegembiraan itu datang.


Dari AKU,

Monday, June 11, 2012

Salam Perkenalan JIRAN

Dear Diary,

Sebenarnya lama nak cerita pasal benda nih. Tapi asik terbantut jer. Nak cerita je, terbantut. Cerita bermula bila aku balik kerja. Aku  nampak ade jiran baru tengah sembang dengan mak. Bila aku tengok amati betol-betol, macam kenal. Tapi bukankah beliau ade di Qatar. Masa ni pun aku dah lama sangat tak aktif kat blog. Tak tahu perkembangan apa-apa pun.

Aku perati lagi betol-betol. Betol sangkaan aku. Tak lain tak bukan blogger Lydia Miza. Kenal awek ni dah lama. Sangat-sangat lama. Tapi tak pernah plan nak jumpe ke ape ker. Kalaulah En.Mamat aktif berblog pasti die terkejut.

Anyway LM, nice to know you. Beautiful mum with 4 anak-anak yang comel.


p/s: sedang free. Leh berjalan-jalan baca blog orang


Dari AKU,

Tuesday, June 5, 2012

Stori Mori


Salam

Lama tak menulis. Seriusly, aku tak tahu nak mulakan macam mana. Perasaan boring dan sengal membawa aku ke sini. Hati melonjak-lonjak nak cerita macam-macam. Tapi kepala kusut tak tahu nak tulis apa.

Erm.. Bulan sudah hari-hari yang sibuk buat aku. Diarahkan pergi ke Kuala Terengganu untuk berkursus – Tapi aku suka je sebab aku tak pernah lagi sampai kat Ganu nih. Heheee. Sehari balik dari Terengganu, kene pergi Ke Sabah pulak – jem otak – tapi rase seronok jugak sebab aku tak pernah sampai sini pun lagi. Nanti ada masa aku update stori aku pergi ke dua-dua tempat nih.

Next stori..
 
Adik aku dan eca selamat dah diijabkabul dengan satu kali lafaz pada Sabtu malam 2 June 2012. Tahniah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Buat my baby boy dadat, selamat sudah naik buai, cukur jambul. Bile lagi nak botakkan kepala nih. Buat Alin dan Alang, hepi belated besday. Tua dah korang semua. Cis, dah macam kasi ucapan la pulak.

One more thing, wa sampai sekarang tersengih mengingatkan video yang karok dengan adik-adik wa lagu Beribu Sesalan. Sempoi.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..