Saturday, June 16, 2012

Kuala Terengganu - Part 1

Kuala Terengganu.

Seingat aku, sejak aku berakal, aku memang belum pernah lagi sampai ke Terengganu. So, bila berpeluang untuk ke sini even pergi untuk berkursus, aku sangat-sangat tak kisah. Janji sampai. Division aku, aku sorang je kene pergi. Nasib baik Dayah dengan Nazir pun join sama. Kenal dieorang tapi tak berapa nak rapat  sebab lain-lain department. Takde hal. Janji ada geng.

Aku ke sini pada 15 May - 17 May 2012 (lama dah pun, baru hari ini nak cerita. hehehe) Macam biasa, pergi naik MAS. Aku sampai sana awal. Pagi lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kalau ikut tentatif, register pukul 2.30 petang. Akal aku tak panjang. Kepala hotak aku nak sampai terus ke hotel je then tidor. Nasib baik aku  pergi dengan Nazir, die beriyer-iyer ajak jenjalan dulu. Takde hal kawan janji kau bawak, hehe. Die siap sewa kereta kancil lagi. Dayah takde masa nih sebab die sampai malam sebab dia ade meeting pagi tu. 


Sempat singgah mana tah, makan nasi kerabu. Dah makan-makan pusing-pusing amik angin. Nak kenal jalan dulu kata Nazir. Nanti petang boleh jenjalan katanya. Hehee. So, lebih kurang pukul 12 lebih kiteorang shoot terus ke hotel. Kiteorang stay kat Hotel Primula. Not bad hotel nih. Facing laut lagi. 



Aku terlene sekejap. Pukul 1 lebih terbangun, mandi solat dan bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Harap-harap aku tak mengantuk lah.

Next, ade masa aku cerita aktiviti berjalan-berjalan dan kursus apa yang aku kene pergi nih okey...


Nota : Bila redha, kegembiraan itu datang.


Dari AKU,

2 comments:

LadyBird said...

selamat dtg ke trg :)

Miss PIJAOSIX said...

Ladybird : Bes wo dtg sini..Heee






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..