Friday, February 25, 2011

DULU dan SEKARANG

Secara rawaknya, aku dah lama dalam dunia ni. Aku menulis kat mana-mana. Friendster blog, wordpress dan merata-rata. Tapi secara jujurnya aku bagitau, DULU aku menulis memang untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak pikir akan ada orang baca. Aku tak pikir pun ada orang kisah. Aku tulis untuk kenangan masa hadapan bila aku merasakan diari bukan lagi relavan tika itu.

Mungkin aku belum bersedia menjadi blogger, bila mana aku menjadi sangat marah bile penulisan aku di Friendster disalah tafsir macam aku hingin sangat nak bercerita pasal ko orang yang sudahnya ikatan silaturahim yang dibina terputus macam tu jer.

Ah, itu cerita lama.

Mungkin aku belom bersedia menjadi blogger bila aku tak suka ada orang baca apa aku buat, apa aku tulis, gambar apa yang aku letak. Orang lain sebuk cerita mereka ade blog, aku hanya diam. Diam dalam erti kate lain, perlu ke aku tulis bagi semua orang tahu. Aku private kan blog aku untuk orang-orang tertentu sahaja. Aku menulis memang untuk diri sendiri dan memangnya lebih berbentuk peribadi.

Ya, itu DULU.

Dan SEKARANG,

Aku gembira mengenali mereka-mereka yang hebat kat dunia blog ni. Lama atau baru seseorang blogger pada aku bukannye ukuran. Aku tabik pada blogger baru yang bijak melontarkan pendapat. Jangan macam aku, ayat berterabur. Aku memang tak reti nak olah ayat yang berbentuk PENDAPAT.

Aku happy dapat kenal ramai bloggers. Aku rasa nilai persahabatan dalam dunia maya ni lebih bermakna. Dan aku baru tahu, dunia blog bukannye mudah bagi mereka yang betol-betol menghayatinya. Mungkin aku belom lagi ke tahap itu.

Ape lah yang aku merepek untuk entry kali ni. Tak paham tak per, yang pasti aku dah paham. Hehehe.

Pesan Aku:
Buat adik-adik yang menulis blog, boleh tak jangan tulis bahasa singkatan, aku jeles sebenarnya sebab AKU TAK PAHAM...!!!



Dari AKU,

Tuesday, February 22, 2011

Sayang, awak dah SETAHUN!! - vol 2

From volume 1.

Haritu aku ada cakap, aku dan family ada plan satu small party untuk Yeyen. Just nak bagi die happy. Sebab die suka sangat bile rumah penuh dengan orang. So, layan gambar je lah. Thanks pada yang datang. Tak buat besar pun.

Korang layan gambar je lah yer. Pening tak hilang lagi nih.







p/s: aku tahu dia tak paham maksud besday dan berharap dia mengerti satu hari nanti


Dari AKU,

Sakit Kepala Otak !!!!

"hi hafiza. How are you?"

Aku punye lah berangan nak balik awal. Datang kerja pun aku belasah je pakai jeans. Boleh pulak bos bosar dari Ipoh buat sport check. Nasib baik tengah gigih tekan keyboard. Tengah gigih siapkan report. Aku pun kasi senyuman yang paling manis sekali. Die pun senyum manis sama macam aku gak. Signal baik tu. Aku rase selamat disitu.

Saat ini, aku tengah sakit kepala otak. Dari tadi bau minyak angin dah menemani perkarangan opis aku. Maafkan aku Aisyah, maafkan aku Shidi andai korang dapat menghidu baunyer. Korang jangan tak tahu, minyak tersebut baik untuk kesihatan hidung dan dalaman kamu orang tau.

Febuary dah sampai ke penghujungnya. Tibe-tiba aku rasa jantung aku pantas belari. Otak ligat berpikir. Apa yang bakal terjadi? Baik atau buruk ke? Aduh, sakit otak. Sapu minyak lagi. Minyak bukan lagi jalan penyelesaiannya. Aku harus tidur. Tidur di bilik yang disediakan bagi urusan yang lebih penting. Ya bilik solat.

Aku tidur dulu teman. Sekali lagi aku tewas bermain dengan emosi.


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..