Selamat tinggal 2010.
Masa terlalu cepat berlalu. Pejam cilik pejam cilik, dah nak masuk tahun baru. Umur pun dah masuk alam senja nan merah. Itulah kitaran hidup. Nak tak nak, kenalah hadap. Kalau tahun berganti tu dapat kembalikan hari muda, aku pun nak.
Pusing balik ke tahun ini, banyak perkara manis yang terpahat kat dalam kepala hotak aku. Antara yang manis adalah kelahiran Firqan Ar-Rayyan pada 10 Feb 2010. Masih bulan yang sama, adik aku alang selamat bertunang dengan Cipong. Dah nak kawin pun minggu depan. Jemput datang tau. Tarikhnya, 9 January 2011.
Memori manis terpahat lagi bile aku berjalan-jalan ke Bukit Merah Laketown . Seronok pergi sini. Memang segar kepala. Takde nak pikir apa-apa dah. Penghujung tahun baru-baru ni aku sempat lagi bercuti. Tak sempat lagi nak cerita kat blog. Nanti lah. Bile dah lama bercuti, macam karat je otak nak mengarang.
Perkara PAHIT untuk tahun ini?
Erm..alhamdulillah, takda yang terlalu pahit untuk diceritakan. Takat dugaan-dugaan kecil tu biase. Sapa yang takde masalah.
Kalau dah masuk tahun baru, benda biase orang akan tanya, apa azam ko kali nih? Dengan bangga aku jawab, tahun ni aku berazam nak masuk keje on time, nak kumpul duit banyak-banyak, nak lebarkan kepak berniaga.
Itu sahaja. Doakan aku. Dan Selamat Datang 2011.
Dari AKU,