Hai uols dan assalamualaikum.
Lama tak menulis. Rasa rindulah plak. Jujurnya memang aku takde masa. Baru nak bukak laptop, budak-budak dua orang ni dah sebuk nak join sekaki. Geram jer. Anyway, ini penulisan pertama untuk tahun ni. Nak tulis apa pun dah tak tahu.
10 Februari 2014.
Rayyan genap 4 tahun. Sehari sebelom besday dia, aku bawak dia pergi celebrate dekat One City, Puchong. Not bad tempat nih. Kedai pun tak banyak lagi yang bukak. Sempat layan wayang citer 'Lego' dengan Rayyan. Ok gak sesekali layan kartun. Pestime kau! Tapi kalau dah bukan kaki kartun, setengah jam je aku dah rase azab duduk dalam tu. Nasib baik citer tu kejap jer.
Anyway Rayyan.
Melihat awak membesar merupakan satu nikmat yang tak terhingga.
Hadir tatkala ibu jatuh terduduk dek kerana cinta duniawi yang dusta (hamboi ayat..cam haram!! hahaha).
Doa ibu: Moga awak sihat sentiasa dan menjadi anak yang baik.
InsyaAllah.
p.s : Rayyan ni anak buah pertama aku. Memang dari kecik die panggil aku 'ibu'.