Aku dah lama nak pergi tempat ni. Aku pernah cakap dekat alang n eca, if I get job one day, aku nak bawak depa pergi makan kat sana. Aku belanja. Dan syukur Alhamdulillah, tak sampai seminggu aku cakap macam tu, aku dapat kerja. Gaji pertama takde kesempatan lagi nak blanje. Dan dapat je gaji kedua, aku dengan bangga ajak dieorang pergi. Dan secara kebetulan adik aku yang bongsu balik atas urusan mengedik kat Putrajaya.
Overall tempat ini ok.
Kalau rase nak cuci mata tengok seluruh KeyEll, boleh datang sini. Makan kat sini sedap tapi harga agak mahal dari biasa. Kalau korang dapat makan chiken chop 9.90 je kat sini harganya cecah 15.90. Tapi puas hati la. Seronok aku tengok yeyen happy and tak banyak ragam. Tak nangis pun even mummy n daddy die tak ikot sama. Ikut plan nak datang awal. Nak pergi petang. Tapi macam biasalah, aku rancang je tapi benda lain gak yang jadi. So, dengan jayanya aku dan rombongan gerak lepas magrib. Sampai sana je dah pukul 9 lebih. Dah gelap gelita. Tapi tetap best. Sila layan gambar di bawah untuk kepuasan yang lebih lagi.
p/s : nak pergi lagi.
Dari AKU,