Dah banyak kali aku dengar iklan produk SAFI yang menggunakan motto
selamat, bersih dan suci nih kat radio SURIA fm. Tiap kali dengar iklan ni, mesti aku teringat mcm mana aku leh terjebak menggunakan produk nih.
Tahun 2001, Ainatul Aziah yang mengsuggestkan aku ngan produk nih. Tu pun sebab muka aku naik jerawat pasir yang agak kronik. Try lah katanya. Gila berkarat dan kelat muke time nih.
So, bermula lah perjalanan hidup aku ngan produk nih. Mula-mula tu was-was gak sebab inilah produk paling murah pernah aku gunakan. Ceh, ayat tak boleh blah. So, aku gunalah set produk safi balqis dan krim malam yang penutup hijau tu.
(safi balqis)So, result die mmg berkesan dan best. Serius. Jerawat takde dan muke pun cerah sikit dari dulu. Ye lah, aku ni dah laa amik kursus yang menyebabkan aku mudah gelap gelita dan kusam.
Kalau tak silap tahun 2004, aku ade masuk contest untuk produk nih. Banyak gak aku hantar, tak silap lebih 10 borang. Gigih sebab hadiah utama dia, wang tunai dan melancong. Hahhahaa..aku kan gile berjalan.
So, tak lama pastu dapat call. Nak kata aku menang pun idak. Nak kata aku kalah pun idak. Tapi dia cakap, dia call dari Syarikat UNZA yang menguruskan produk nih.
" u antara yang banyak menghantar borang. Boleh datang office kami untuk jadi salah sorang model kami."" hah..! MODEL" terkejut badak seketika. Hahaha
Banyak lagi perbualan kiteorg. Tapi saje je nak highlite tang model tu. Memandangkan syarat-syaratnya agak susah nak aku ikut dan terlalu banyak songehnya pun, so aku tolak. Lagipun tarikh dia suruh datang tu sama ngan tarikh aku nak kene pergi amik ujian untuk KPLI. So, pasrah lah.
Lagipun, layakkah aku menjadi MODEL kekdahnya. Lawak laaa...
So, dah lebih 10 tahun aku pakai produk safi. Pernah nak try pakai produk lain tapi teruk muke aku jadinya. So, berbekalkan semangat selamat, suci dan bersih aku setia lah ngan produk nih.
Produk terbaru
Safi Rania GOLD. Dah cube? Aku pakai pencuci nye saja.
So, keberkesanan tiap2 produk bergantung penerimaan muke kite jugak. Agak-agak tak sesuai, tak payah lah nak teruskan. Buang masa dan tenaga saja.
Dari AKU,