"jom g sarawak"
Tu lah mms budak giler2 remaja si Nad. Tak sempat nak reply masa tu sebab aku tgh discussion kat OGS. Bace pun dah lewat. Tapi aku paham maksud minah nih. Die ajak aku pegi kenduri kawen dia. Bertuah betol budak nih. Tarikh takde, ape pun takde. Sudahnya, aku lupe sekejap pasal die.
Sabtu 29 Mei, tibe-tibe aku teringatkan budak nih. Yang tensen aku terdelete msg tu. Dahlah nombor die aku tak save. Hantu betol lah. Aku selalu msg gune Maxis. Aduahi Nad, on la maxis ko. Penat aku msg, tapi tak delivered..!!
Gigih nak mampus aku cari no fon die merata-rata sebab nak wish. Nak pergi Sarawak jauh sekali lah kan. Msg kawan-kawan mintak no fon Nad sekor pun tak layan. Mencik aku lah ngan perangai manusia yang payah sangat nak reply fon nih. Bukan takat lambat je tapi sampai ke sudah tak mengreply..
Alahai budak nakal nih. Kawin jugak ko yer. Syukur Alhamdulillah...Dulu, dekat setengah tahun jugak aku sebilik ngan NAD nih. Satu bilik kat umah seksyen 4. Aku tak pernah ade kawan budak Sarawak. She the only one. Kelakar, baik hati, gile-gile dan pangai pun tah apa-apa.
Tiap kali raya, selalu poskan aku kek lapis Sarawak. Hantar kad raya dan pernah datang umah aku kat Seri kembangan dan kenal jugak ngan family aku.
Anyway Nad, Selamat Pengantin Baru..Moge berbahgia sehingga ke akhir hayat. Nasib baik la ko mms aku gambar ko kawen. Tengah malam baru aku dapat. Hehehe.. Laju aku reply, tapi paham2 je lah. Kul 12 malam time tu, langsung tak delivered.
Ko buat ape tu nad sampai tak on henpon..? hihiiii..Aku abadikan gambar kawen die yang die MMS 2 hari lepas..
Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com
Wednesday, June 2, 2010
IRON MAN 2

Lame tak layan wayang. Hari Sabtu malam hari tu aku sempat jugak tengok. Padahal baru je 4 jam baik dari deman. Bukan apa, dah berjanji punya pasal. Badan tak panas lagi tapi cuma rasa lemau. Hajat nak tengok citer baru Prince of Persia atau Robin Hood. Sekali full lah pulak.
Yang ade pun Iron Man 2. Pukul 11.55 malam lak tu. Belasah jer lah. Dulu masa citer ni mula-mula kuar gigih gak nak pergi tengok. Bile dah basi tahap apam nih memang malas nak layan.
Tapi ok lah jugak citer nih. Lawak dan amat menghiburkan. Aku tengok yang 1st dulu tapi aku lupa dah jalan citernya.
p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan sedara islam kite supaya selamat dan dilindungi dari kekejaman rejim zionis laknat tu. Amin..
Dari AKU,
Tuesday, June 1, 2010
Selamat HARI LAHIR
Hari ni genap hari lahir yang ke 29 buat alin dan yang ke 25 buat alang. Kebetulan atau mak aku yang terel merancang itu dah kire ketentuan dariNya. Dah dua-dua nak kuar pada tarikh yang sama iaitu 1 JUN cume tahun yang berbeza. Sorang tahun 1981 dan sorang lagi 1985.
Ramai yang kate mereka ni muke nya sama. Tapi kalau tanya aku selaku kakak sulung nih, memang jauh bezanya muke depa nih. Tang mane same pun tak pasti. Tang kerenekan je kot. Hehehe
Anyway, seperti biase yang orang lain biase buat. Aku memang amat mendoakan mereka sentiase bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Harap-harap hubungan kami yang akrab ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..
Luv both of u..Muah...!!
Dari AKU,
Ramai yang kate mereka ni muke nya sama. Tapi kalau tanya aku selaku kakak sulung nih, memang jauh bezanya muke depa nih. Tang mane same pun tak pasti. Tang kerenekan je kot. Hehehe
Anyway, seperti biase yang orang lain biase buat. Aku memang amat mendoakan mereka sentiase bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Harap-harap hubungan kami yang akrab ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..
Luv both of u..Muah...!!
Dari AKU,
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang PENULIS
- Miss PIJAOSIX
- Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..


