Salam 1 Malaysia,
Selepas 10 bulan.
Masih berdua. Masih belum ada rezeki lagi nak ada anak walaupun teringin sangat. Tapi takpe. Rezeki Allah tu luas. Yang penting teruskan berdoa. Berusaha.
Jan 2015
Alhamdulillah, aku selamat dinikahkan dengan seorang lelaki. Dah tu tak kan dengan perempuan plak. Tak syok la panggil lelaki. Lelaki itu adalah suami aku kot. Suami yang biasa-biasa yang selalu buat jiwa aku dup dap dup dap. Tak sangka? Memang tak sangka. Sebab aku penah nekad untuk tolak dia satu masa dulu. Tapi siapa aku nak tolak takdir dan ketentuan Allah. Syukur sangat-sangat. Paling tak kurang aku dah tak perlu nak jawab pertanyaan orang bila nak kawin?.
Pada aku, nothing to share pon. Bukannya aku berkenalan ala-ala cerita drama Melayu. Aku tengah jalan tiba-tiba kau langgar lopak air, kena aku - pun tidak!. Apetah lagi berkenalan dalam lift.
Harapan aku.
Moga dia dapat sempurnakan aku.
Terima aku seadanya.
Moga kasih sayang kita hingga ke hujung nyawa. Chewah. InsyaAllah.
Moga dia dapat sempurnakan aku.
Terima aku seadanya.
Moga kasih sayang kita hingga ke hujung nyawa. Chewah. InsyaAllah.
Dari AKU,
1 comment:
Huwaaa lama dh tu tak update blog yang..
Post a Comment