Masuk hari ke 4. Masih berpuasa penuh. Alhamdulillah. Merupakan tahun ketiga menyambut puasa di rumah orang tua. Dan tahun kedua sebagai pekerja di SKMM. Tak banyak beza pun dari tahun-tahun sebelumnya.
Masih menikmati rasa syukur yang Allah dah berikan kepada aku. Siapa sangka orang seperti aku ni akhirnya dapat menikmati apa yang aku inginkan selepas satu kejatuhan yang menyeksakan. Bertemu kerjaya baru? Siapa sangkakan. Bertemu cinta baru? InsyaAllah. Moga Allah merahmati segala perjalanan hidup aku.
Persiapan raya? Masih awal lagi oi. Nak shoping ape pun aku takde mood. Dah kawin lain citer. Baju dah tentu nak sedondon. Tudung nak yang bling-bling. Sekarang banyak baju siap. Dah terdesak beli je. Asalkan baju baru.
Azam puasa kali ni nak makan sesikit yang boleh.
Berat badan dah naik mencanak-canak sejak duduk dengan mak ayah nih.
3 comments:
salam ramadan dr el penang :)
semoga Ramadhan lebih barakah kali ini dan semoga berjaya makan sesikit yang boleh ketika berbuka.
@el : Salam Ramadhan...
@ctpayong : InsyaAllah.. Hehe
Post a Comment