Dah lama tak gunakan laman ni sebagai medan untuk meluahkan apa yang aku rasa. Tengah boring-boring duk menunggu masa rehat berlalu telah mengingatkan aku pertanyaan seseorang yang rapat dengan aku.
" ko dah maapkan si polan dan si polan"
Mendengar soalan minah nih aku terus ke silent mode. Aku pandang muke dia. Aku tarik nafas panjang. Berkata dalam hati. Bermonolog dalam hati lagi. Adalah 5 ke 7 minit lamanya. Jujurnya aku memang tak dapat nak maafkan dia. Tapi aku redha. Redha menerima apa yang Allah dah tentukan. Perlu ke untuk aku maafkan seseorang itu untuk mencari keredhaan. Tak kot. Dan aku rasa aku adalah manusia yang sangat bersyukur sekarang.
" Tak" itu jawapan spontan aku.
" Tak" itu jawapan spontan aku.
Aku tak sesempurna mana. Jangan samakan aku dengan nabi. Cuma doakan saja hati aku terbukak untuk semua itu. Aku sedaya upaya berdoa supaya Allah jauhkan aku dari sifat dengki, dendam maupun apa-apa jugak sifat yang boleh menghitamkan hati aku.
Aku nak ke depan. Aku dah sukses melupakan segalanya. Sumpah aku DAH tak nak tahu pasal orang yang menjahanamkan hidup aku sikit masa dulu. Kau nak bahagia ke or kau nak derita ke, itu Allah punya kuasa. Kalaupun kau baca goblog aku nih, aku nak kau tahu kau lah manusia paling jijik pernah aku kenal.
Alhamdulillah. Sungguh Allah menyayangi aku. Selamatkan aku dari segala-galanya.
Alhamdulillah. Sungguh Allah menyayangi aku. Selamatkan aku dari segala-galanya.
At last, kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku takpe. Sebab tak kena kat batang hidong dan segala-gala batang lagi. Apa pun, terima kasih kerana membaca. Ngeh ngeh. Now, aku nak pergi sembahyang. Sesi meroyan dah habis.
Dari AKU,
2 comments:
akak pn ada pengalaman pahit macam pija jgak..biarlah.. malas nak pkir.. kita maafkan dia senyap2 je..
no komen -______-
Post a Comment