Tadi belek-belek kaizenHR, banyaknya cuti aku lagi. Ada lagi dalam 8.5 hari. Ikutkan aku boleh carry semua. Ok gak kalau nak angkut ke tahun depan sebab tahun depan nak pergi cuti-cuti Malaysia. Dah confirm dua tempat. Tak jauh mana pun tapi bolehlah untuk geli-gelikan jiwa, rehatkan minda. Dalam Malaysia lagi. Tapi, aku macam nak amik cuti dalam 2 hari lah.
Ada lagi 2 bulan nak masuk tahun baru. Cepatnyelah masa berlalu. Tapi abaikan cerita azam baru, yang lebih teruja aku dan rakan-rakan nan senja ada plan nak jenjalan. Harap-harap menjadi lah. Rasanya dah lama tak jumpe budak-budak nih. Even dekat tapi dek kerana komitmen kononnya dan masalah-masalah kecik yang tak dapat nak elak, datingnya selalu terbatal.
Aku menulis sementara menunggu jam 10 sebenarnya. Ada meeting. Hah. Malasnya lah. Dan doakan jugak aku tak kene pergi training nextweek. Gila lama training tu. 3 minggu beb. Pengsan...!!!
Dari AKU,
1 comment:
kalau cuti ku tinggal 10 hari pun aku dah mati kutu dah. paling sedikit cuti aku bersisa berakhir setahun adalah 30 hari.
Post a Comment