Aku dah lama nak pergi tempat ni. Aku pernah cakap dekat alang n eca, if I get job one day, aku nak bawak depa pergi makan kat sana. Aku belanja. Dan syukur Alhamdulillah, tak sampai seminggu aku cakap macam tu, aku dapat kerja. Gaji pertama takde kesempatan lagi nak blanje. Dan dapat je gaji kedua, aku dengan bangga ajak dieorang pergi. Dan secara kebetulan adik aku yang bongsu balik atas urusan mengedik kat Putrajaya.
Overall tempat ini ok.
Kalau rase nak cuci mata tengok seluruh KeyEll, boleh datang sini. Makan kat sini sedap tapi harga agak mahal dari biasa. Kalau korang dapat makan chiken chop 9.90 je kat sini harganya cecah 15.90. Tapi puas hati la. Seronok aku tengok yeyen happy and tak banyak ragam. Tak nangis pun even mummy n daddy die tak ikot sama. Ikut plan nak datang awal. Nak pergi petang. Tapi macam biasalah, aku rancang je tapi benda lain gak yang jadi. So, dengan jayanya aku dan rombongan gerak lepas magrib. Sampai sana je dah pukul 9 lebih. Dah gelap gelita. Tapi tetap best. Sila layan gambar di bawah untuk kepuasan yang lebih lagi.
p/s : nak pergi lagi.
Dari AKU,
9 comments:
bestnya tmpt tu
tak pergi lagi la....
menarik dpt tgk sekitar keyEl...
mcm mana nak pegi ni???
Aisehman,
Tempat saya bercinta dengan encik suami kira-kira 9 tahun yang lalu. Tapi menara tinjau dan restoran masa tu baru je dalam pembinaan
ni la port i dating..opss bocor rahsia lak
menara tinjau...? aduhai.... duduk sinipun tak pernah usha sana awak... pasal selalu lepak area situ jadi mcm dah jadi rumah kedua....
ps: heeeeeeeeeeeeeeeee.... terukkan saya...?
hey,pija.hari rabu tuh pun aku nak gi sana gak,tapi tak jadi.asyik hujan jer.
MY LITTLE DIARY : try google, mmg banyak tunjuk direction nak pergi sini.
SUARA KALBU : wah, ida dah sampai sini lagi dulu pada saye..hihi
VALESRIZAl : opss, dating dengan yang mane satu nih?
BIDADARI SYURGA : jom lah kite pergi bersama-sama...
GHOST WRITER : skrg kan zaman november rain bisk. tahun dpn bleh cube..hihi
wujud lagi ke chicken chop rm9.90?? kat kkb de la kot...heee murah la menara tinjau niiiiiiiiiiiiiiiii....
Wahhh semua orang dah pergi sini, saya sorang je tak pergi lagik Jeles ok! HEHEHE
Post a Comment