Monday, June 14, 2010

Hari ini : Apa yang ISTIMEWAnya..?

Hari ini genap aku berusia 31 tahun. Begitu jugak dengan mak kesayangan aku dan kembarnya-makteh yang dah 53 tahun. Terel mak aku kan. Hahaha.. Erm..sesungguhnya aku takde apa-apa nak cakap. Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kebahgiaan aku. Ade masa terluang aku goblogkan nukilan korang.

Dan sesungguhnya aku amat bertuah kerana hari ini juga merupakan tarikh 1 Rejab untuk tahun islam. Bertuahnya aku. Dan aku mengambil kesempatan untuk berpuasa ganti dan sambil-sambil meneguk sedikit pahla puasa sunat awal Rejab.

Alhamdulillah. Aku gembira dengan apa yang Allah dah bagi. Banyak yang aku inginkan sekarang ini. Tapi semua tu amat tersurat yang aku sendiri tak tahu bila. Tapi, aku akan terus berdoa dan berusaha.

Yang pasti, kawan-kawan yang nak kasi hadiah. Aku hanya inginkan TAYAR kereta tau..


Sabda Nabi s.a.w :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com



No comments:






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..