Ya Allah..
terima kasih atas kehidupan ini..
Kau hidupkan aku dalam iman padaMu
Kau beri aku nikmat kasih sayang yang amat banyak
Kau limpahkan aku rezeki yang sangat Kau pelihara
Ya Allah..
terima kasih kerana memberi aku kefahaman
memahami makna nikmat dan ujian
memberi sedar bahawa tiada beza pada keduanya
hanya untuk menarik aku padaMu semata
Ya Allah..
aku menerima segalanya dariMu
kadang di sebalik wajah manusia
kadang terlindung dalam sebuah rasa
kerap juga hadir meneman hati
namun ku pasti Kau maha memberi..
Ya Allah..
moga terima ku untuk kasihMu
moga kasih ku jadi terimaMu
aku bukan pemberi
hanya mahu terus berterima kasih..
Ya Allah..
Kau yang maha Tahu..
Kau punya Mahu...
moga terima kasihku Kau terima
moga kasihMu tetap ku rasa..
Ya Allah..
Engkaulah selayaknya tempat aku berterima kasih..
walau tanpa alasan..
walau tanpa balasan...
namun nyata segalanya tak sia-sia..
terima kasih atas kehidupan ini..
Kau hidupkan aku dalam iman padaMu
Kau beri aku nikmat kasih sayang yang amat banyak
Kau limpahkan aku rezeki yang sangat Kau pelihara
Ya Allah..
terima kasih kerana memberi aku kefahaman
memahami makna nikmat dan ujian
memberi sedar bahawa tiada beza pada keduanya
hanya untuk menarik aku padaMu semata
Ya Allah..
aku menerima segalanya dariMu
kadang di sebalik wajah manusia
kadang terlindung dalam sebuah rasa
kerap juga hadir meneman hati
namun ku pasti Kau maha memberi..
Ya Allah..
moga terima ku untuk kasihMu
moga kasih ku jadi terimaMu
aku bukan pemberi
hanya mahu terus berterima kasih..
Ya Allah..
Kau yang maha Tahu..
Kau punya Mahu...
moga terima kasihku Kau terima
moga kasihMu tetap ku rasa..
Ya Allah..
Engkaulah selayaknya tempat aku berterima kasih..
walau tanpa alasan..
walau tanpa balasan...
namun nyata segalanya tak sia-sia..
1 comment:
byknyer posting ko.. jeles aku
Post a Comment