Tuesday, November 15, 2016

Melewati 37 Minggu

Assalam,

Rasanya ini posting yang pertama untuk tahun 2016. Mengagau-gagau aku nak bukak blog tadi sebab dah lupa guna email apa, password apa.

Alhamdulillah, now aku dah nak masuk 37 minggu pregnant, Subhanaullah, rasa syukur dan happy tak tau nak cerita macam mana. Tunggu lama jugak, hampir setahun 2 bulan baru Allah hadiahkan anugerah ini untuk aku. Eh tiba-tiba sebak!! How i get pregnant? Ofkos hasil usahasama aku dengan husband. Keh Keh. Awal-awal kahwin dulu adalah diskuss bodoh-bodoh which is not to serius yang we all kononya nak baby after 1 year marriage. Tapi lepas 2 3 bulan kahwin, rasa nak anak tu macam meluap-luap la plak. So, malaslah nak rancang and teruskan hidup macam biasa ikut flow dan alhamdulillah aku pregnant.

During pregnant?
Apa yang aku boleh gambarkan, satu pengalaman yang betul-betul mencabar, Sakit kepala, muntah, sakit pinggang, emosi tah apa-apa - ini semua benda yang kena hadap. Bertuahlah pada sapa yang tak kena macam ini. 

Dah hujung-hujung ni rasa takot nak beranak la plak. Now, aku tengah MC seminggu, Badan memang tengah lemau, Rasa berat, mual sampai muntah, sakit pinggang kebas-kebas tangan. Allahuakbar, moga Allah mudahkan urusan aku, satu je aku mintak - aku nak lahirkan baby ni normal. Amin

Dear Anak, awak jangan nakal-nakal tau, ibu dah siap bawak awak pergi Korea lagi.

Dari AKU,

Friday, October 16, 2015

9 January 2015

Salam 1 Malaysia,

Selepas 10 bulan.
Masih berdua. Masih belum ada rezeki lagi nak ada anak walaupun teringin sangat. Tapi takpe. Rezeki Allah tu luas. Yang penting teruskan berdoa. Berusaha.

Jan 2015
Alhamdulillah, aku selamat dinikahkan dengan seorang lelaki. Dah tu tak kan dengan perempuan plak. Tak syok la panggil lelaki. Lelaki itu  adalah suami aku kot. Suami yang biasa-biasa yang selalu buat jiwa aku dup dap dup dap. Tak sangka? Memang tak sangka. Sebab aku penah nekad untuk tolak dia satu masa dulu. Tapi siapa aku nak tolak takdir dan ketentuan Allah. Syukur sangat-sangat. Paling tak kurang aku dah tak perlu nak jawab pertanyaan orang bila nak kawin?.

Pada aku, nothing to share pon. Bukannya aku berkenalan ala-ala cerita drama Melayu. Aku tengah jalan tiba-tiba kau langgar lopak air, kena aku - pun tidak!. Apetah lagi berkenalan dalam lift. 

Cukuplah aku dengan dia je tahu. Yang pasti bertemu kali pertama di Hospital Putrajaya. Lepas-lepas tu die mengorat aku dengan bagi kuih loyang. Adoi la. Orang lain bagi bunga. Huhu..

Harapan aku.
Moga dia dapat sempurnakan aku.
Terima aku seadanya.

Moga kasih sayang kita hingga ke hujung nyawa. Chewah. InsyaAllah.



Dari AKU,

Wednesday, November 19, 2014

Derita dan Bahagia

Salam,

Hai diari onlineku..!!

Ermm.. Kalau rumah, aku biarkan 6 bulan tak bersapu, kompem jadi penunggu jembalang tanah dah. Nasib baik kau ni blog. Tak buat apa-apa pun suci je aku tengok. OK. Satu sebab aku gigihkan jugak nak menulis sesuatu adalah sebab aku membaca balik apa yang aku tulis sebelum-sebelum nih. Banyaknya benda yang merepek yang aku buat dulu. Haiyaa...

Aku? dah banyak berubah. Dulu aku kurus gile. Sekarang aku dah gemok gebu. Kisah plak kau? tak kan. Dari seorang yang tidak ada siapa-siapa satu ketika dulu, sekarang aku bergelar tunang pada seorang lelaki bernama Syafazlee Ismail. Dan InsyaAllah, kalau dengan izinnya, aku bakal bergelar isteri dalam masa tak sampai 2 bulan. Alhamdulillah.

Derita - Bahagia. Semua itu milik Allah. Doa, sabar dan redha adalah senjata yang aku kena tanam dalam otak sampai bila-bila. Selagi kau salahkan orang untuk sesuatu yang salahnya jugak terletak atas kebodohan diri sendiri, selagi itu dunia kau akan terhenti tanpa bergerak-gerak. Paham? Aku jer paham kot, Hahaha..

Diari onlineku. Biarpun ada yang mengejek. Ek eleh ape barang tulis blog?
Ada aku gune pen dengan buku kau?
Ada aku gune line internet atau curi wifi kau?
Ada aku guna laptop kau?

Jawapannya, memang takda. So, tak payah nak mengeji sangat.



Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..