Thursday, April 28, 2011

Akhirnya aku BERHIJRAH

Salam buat kawan-kawan yang setia mendoakan aku. Terharu gile la ade kawan macam korang nih. Memang rindu macam dihiris-hiris belati tajam kat blog nih. Bile aku mule nak sign in tadi, boleh pulak terlupe password dengan id. Betol dah bebal agaknye otak aku nih ha. Nasib baik bebal kejap je. Huhuhu..

Now, Totally sembuh dari batuk dan selseme. Alhamdulillah.

Masih mencari dan terus mencari. Susah nak cari kerja sekarang nih. Kadang-kadang tu dah rase malas nak pikir. Erm, baru-baru ni ada pergi interbiu kat Bukit Jalil. Kalau ade rezeki pasti tak ke mana. Bak kate kawan aku, semuanya dah tertulis di tangan takdir. Soalnyer, harus kah terus menyerah pada takdir? Ceh, terlebih emosi lak. PMS mood la kate kan. Hahaha..

Now, dah sebulan aku pindah dari Shah Alam. Kalau nak kira dengan jari dah lebih dari 10 tahun aku menjadi penghuni kat Shah Alam. Dah macam-macam kenangan pahit, manis, kelat, kusut, masai dah macam-macam lah. Memang sedih. Kalau nak ditanya apa sebab aku pergi padahal Shah Alam tu kira tempat paling aku nak tinggal. Sebabnya hanya satu. Bukan sebab aku dah jadi penganggur, bukan hanya kerana masalah kewangan tapi hanya kerana aku maukan satu penghidupan yang baru. Aku nak berhijrah.

HIJRAH yang memang aku mengharapkan seribu kenikmatan, hikmah yang berpanjangan, rahmat yang berlimpahan. InsyaAllah. Bantu aku YA ALLAH. Amin


Dari AKU,

Monday, April 18, 2011

Hi semua

Salam..

Tak tahu nak mulekan bercerita celah mana. Rindu sokmo nak menulis kat blog. Tapi banyak sangat perkara yang menghalang aku nak membebel kat sini. Nak cerita satu persatu pun malas. Aku tak sehat sangat. Batok dan selsema.

Rindu serindu rindunya. Itu yang mampu ku katakan.

Dari AKU,

Friday, March 25, 2011

Tayar sengaja DIPANCITkan

Kesian budak rumah aku. Pagi-pagi lagi dia dah menyumpah. Tayar kereta dia sengaja dipancitkan oleh manusia yang tak berperikemanusiaan. Kalau ikot buruk sangka aku, aku tuding jari kat jiran mongok sebelah umah ni jerk. Tapi kalau menuduh takde bukti tak guna gak. Dari dapat pahala terus aku dapat dosa.

Kau letak kereta depan rumah orang, kiteorang tak kisah pun even meluat nak mampus. Kau letak tong sampah depan rumah kiteorang, takde orang jugak bising suruh kau letak balik kat depan umah kau sendiri. Even, kadang-kadang muka dah macam orang takde maruah je sebab selamba badak je buang sampah waktu kiteorang ada melepak kat depan.

Cuma malam tadi budak Ina ni parking kereta depan umah. Bonet die masuk sikit je kawasan rumah kau. Dah tu kau bubuh kereta kau berhari-hari depan umah takde lak kiteorg nak buat apa-apa.

Tah mana pergi otak dieorang tah. Kau tak boleh nampak ke kiteorang ni semua pakai kereta. Akal takde.


p/s : serius jelek berjiran dengan 'orang tua' takde otak.!!


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..