Saturday, June 23, 2012

Tatkala Umur Bertambah

Rasa tak terlambat untuk mengatakan Selamat hari Lahir buat emak dan kembarnya - Makteh guwe. Dan teristimewa sekali buat aku, buat aku dan aku. 14 June 2012, dunia menyaksikan detik-detik aku menyambut kelahiran yang ke tettttt dirahsiakan atas sebab-sebab kemaluan yang melampau.

However, aku heppy sangat-sangat dengan apa yang aku dah dapat sekarang. Terlalu bersyukur hingga kadang-kadang tak lepas mulut menyatakannya. Kesakitan dulu mengajar aku betapa aku perlu berhati-hati memilih kawan, berhati-hati dalam menyatakan sayang dan sebagainya.

Tahap ini, aku sedar betapa aku bersyukur Allah berikan aku jalan ini kerana dia begitu menyayangi aku. Tidak akan sesekali membiarkan aku terus hanyut dengan dunia yang aku cipta sendiri. Buat yang menganiya aku, belum terlambat untuk kau berubah, walaupun tiada perasaan insaf yang keluar dari mulut kau.

Ermm, lantak kaulah.

Hari Khamis lalu - masa besday aku nilah - aku MC. Hehehe. Bangun pagi kepala rasa sakit tak ingat punya. So dengan rasa tak bersalah dan tak ingat hari itu harijadi aku, aku dengan selambanya amik cuti sakit. Anyway, thanks Nadia yang call untuk wish dan menyedarkan aku that day is my day. Hehe

Esoknya punya cerita, Nadia and Jason belanja makan kek. Thanks guys. Sayang korang ketat-ketat. Pada yang wish through FB, thanks sebab doakan aku.




Nota Hati : Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah


Dari AKU,

Saturday, June 16, 2012

Kuala Terengganu - Part 1

Kuala Terengganu.

Seingat aku, sejak aku berakal, aku memang belum pernah lagi sampai ke Terengganu. So, bila berpeluang untuk ke sini even pergi untuk berkursus, aku sangat-sangat tak kisah. Janji sampai. Division aku, aku sorang je kene pergi. Nasib baik Dayah dengan Nazir pun join sama. Kenal dieorang tapi tak berapa nak rapat  sebab lain-lain department. Takde hal. Janji ada geng.

Aku ke sini pada 15 May - 17 May 2012 (lama dah pun, baru hari ini nak cerita. hehehe) Macam biasa, pergi naik MAS. Aku sampai sana awal. Pagi lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kalau ikut tentatif, register pukul 2.30 petang. Akal aku tak panjang. Kepala hotak aku nak sampai terus ke hotel je then tidor. Nasib baik aku  pergi dengan Nazir, die beriyer-iyer ajak jenjalan dulu. Takde hal kawan janji kau bawak, hehe. Die siap sewa kereta kancil lagi. Dayah takde masa nih sebab die sampai malam sebab dia ade meeting pagi tu. 


Sempat singgah mana tah, makan nasi kerabu. Dah makan-makan pusing-pusing amik angin. Nak kenal jalan dulu kata Nazir. Nanti petang boleh jenjalan katanya. Hehee. So, lebih kurang pukul 12 lebih kiteorang shoot terus ke hotel. Kiteorang stay kat Hotel Primula. Not bad hotel nih. Facing laut lagi. 



Aku terlene sekejap. Pukul 1 lebih terbangun, mandi solat dan bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Harap-harap aku tak mengantuk lah.

Next, ade masa aku cerita aktiviti berjalan-berjalan dan kursus apa yang aku kene pergi nih okey...


Nota : Bila redha, kegembiraan itu datang.


Dari AKU,

Monday, June 11, 2012

Salam Perkenalan JIRAN

Dear Diary,

Sebenarnya lama nak cerita pasal benda nih. Tapi asik terbantut jer. Nak cerita je, terbantut. Cerita bermula bila aku balik kerja. Aku  nampak ade jiran baru tengah sembang dengan mak. Bila aku tengok amati betol-betol, macam kenal. Tapi bukankah beliau ade di Qatar. Masa ni pun aku dah lama sangat tak aktif kat blog. Tak tahu perkembangan apa-apa pun.

Aku perati lagi betol-betol. Betol sangkaan aku. Tak lain tak bukan blogger Lydia Miza. Kenal awek ni dah lama. Sangat-sangat lama. Tapi tak pernah plan nak jumpe ke ape ker. Kalaulah En.Mamat aktif berblog pasti die terkejut.

Anyway LM, nice to know you. Beautiful mum with 4 anak-anak yang comel.


p/s: sedang free. Leh berjalan-jalan baca blog orang


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..