Penat tapi happy sangat-sangat. Tak larat lagi nak bercerita. Tunggu...!!
Sunday, September 18, 2011
Friday, September 16, 2011
Hari Pertama
Pagi tu kelam kabut sikit. Aku biaselah. pagi tu baru nak iron baju. Kebetulan semalamnya aku sakit perot, muntah-muntah dan deman, so memang mood tu agak kelayuan ditasik madu la jawabnya. Dalam hati tu berdebar-debar la jugak kan.
Kuar umah dah lewat jugak. Nasib baik sempat sampai tepat pada waktunye. Ok. Takde ape yang menarik untuk aku bebelkan. Macam biase. Aku ditaklimatkan cara-cara nak akses kuar masuk. Berkenalan dengan staf-staf lain.
Bos aku lelaki. Nampak macam sempoi. Tapi agak terlalu cepat nak menilai die. Takde kerja sangat pun untuk hari tu. Hanya diberitahu ape tugas-tugas aku yang akan datang. Agak menarik. Kalau dulu asik layan data hidro je, sekarang ni kene hadap data-data telco pulak. Harap-harap bes lah. Amin.
Doakan aku kerja sampai aku berumur 56 tahun. Amin dan InsyaAllah, kalau umur panjang. Syukur padamu Ya Allah.

Saturday, August 27, 2011
Kisah GEMBIRA Ramadan INI : Versi SKMM
Kisah hari Selasa
Aku ingat lagi pagi tu hujan turun lebat sangat. Masa aku dengar bunyi hujan, sambil itu jugaklah aku memanjatkan doa semoga Allah berikan rezeki yang luas untuk aku. Mase aku nak pergi kerja, hujan tak jugak berhenti lagi. Dalam kereta sebelum nak gerak, aku berdoa lagi.
Sampai dalam lab, aku berdoa lagi. Masa berdoa tu, aku tak tahu kenapa air mata aku tiba-tiba je mengalir. Nasib baik takde orang. Hehehe..
Tengahari tu aku naik ke surau. Masa tu lah aku dapat call yang akan telah berjaya untuk mendapatkan pekerjaan di SKMM, Cyberjaya. Mase tu tuhan je tahu macam mana happynya aku. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doa aku. Hanya airmata yang mengiringi setiap rase syukur yang aku lafazkan.
Mungkin ini hikmah di sebalik apa yang terjadi. Alhamdulillah. Esoknya, aku di minta mengambil surat tawaran.
sekadar berkongsi :
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)
Dari AKU,
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang PENULIS
- Miss PIJAOSIX
- Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..