Wednesday, August 10, 2011

Lestari, UKM Bangi

Menarik tempat nih. Cantek. Berbeza dengan tempat aku setadi dulu. Mungkin jugak sebab suasananye yang penuh dengan pokok yang buat aku suke. Aku kan pencinta alam sekitar. Anyway, salam hari Rabu untuk aku dan kawan-kawan yang rajin nak singgah kat sini.

Alhamdullilah. Hari ketiga aku di UKM, Bangi. Takde apa yang mencabar setakat ini. Pc pun asik hang jer. So, melepak je lah keja. Ape lagi nak buat. Sambil-sambil usha blog, tulis entry ni tapi tak tahu nak karang ape. Anyway, aku bersyukur dengan rezeki ini.

Dah lama tak tengok akaun nuffnang. Sekali banyaknya BE. Tapi sebab aku tak aktif, tak la masyuk. Yang dah jadi ME pun banyak. Dulu mase aku gigih takde pulak nak kasi. Bile aku dah malas nak layan, baru nak bagi. Gini rupenye caranya.

Now, i'm back babeh.

Dari AKU,



Thursday, August 4, 2011

Ramadan INI

Ramadan kali ini boleh dikatakan ramadan yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jujurnya ramadan kali ini sangat bermakna pada aku. Sedikit demi sedikit aku mendapat petunjuk dariNya. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang. Bersyukur sangat-sangat yang mana aku tidak perlu terus duduk dalam keadaan yang aku sendiri tidak pernah tenang pun. Melebihkan dunia yang melekakan.

Menyesal? Dulu masa aku disakiti, aku menyesal sangat-sangat dengan ape yang aku dah buat. Sekarang? Alhamdulillah, aku makin redha dan aku berserah sebulat-bulatnya padaNya. Nampaknya aku dah nampak kebaikan sedikit demi sedikit setiap dugaan yang aku tempuhi.

Buat semua, selamat berpuasa.

Dari AKU,

Friday, July 22, 2011

Jadilah Wanita YANG Paling BAHAGIA

Tajuk macam gempak je. Hahaha. Tapi betol. Jadilah wanita paling bahagia. Pada aku jangan sia-siakan umur dengan sebok nak balas dendam dan bergaduh dengan benda tah apa-apa yang satu sen pun tak mendatangkan hasil.

Jadilah seperi lebah yang selalu hinggap di bunga-bunga yang wangi dan ranting-ranting yang segar. Jangan bagi ruang pun pada diri sendiri untuk selidiki kelemahan orang lain dan mencari kesalahan mereka.

Aku baru baca satu buku yang banyak menginsafkan aku, betapa aku perlu bersyukur menjadi seorang wanita. Biar orang buat jahat dengan kita. Kite tak perlu nak buat balas balik, sebab kita takde hak pun. Hanya Allah yang berhak.

Mulai hari ni, aku nak cube jadi wanita paling bahagia. Tah ape tah aku merepek pagi nih. Aku cume nak cakap aku sedang menuju ke arah kebahagiaan. InsyaAllah. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku sekarang. Ape yang aku tahu, aku bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Aku bahagia walaupun tak kaya dan tak punya harta, biar pun aku dah takde sape-sape. Cukuplah Allah dan keluarga bersama aku.

Kita yang perlu cari kebahagian itu. Good luck PIJA dan buat semua wanita di seluruh dunia. Hehehe..


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..