Sebelum aku membebel dengan lebih panjang dan sepanjang-panjang yang mungkin, aku nak stori sket tentang my lovely baby boy Rayyan. Dah selamat dah berumur 6 bulan semalam. Dah setengah tahun melihat pembesaran dia. Moga dia sentiase sehat dan membesar bagai johan.
On 28 Aug ni roadtax kereta kesayangan aku tamat tempoh dah ni. So, as usual kenalah aku renew. Pejam celik pejam celik dah hampir 4 tahun aku menunggang bf kesayangan aku nih. Dan semakin aku mengenali dia, semakin macam-macam karenah dia yang aku nak kena layan.
Baru-baru ni masa aku hantar serbis - sebab nak jalan jauh ke Jitra, cina kedai tu kate absorber aku dah licking. Tayar belakang dah botak. Aku saja suruh cina tu calculate. Dia bagitahu harga sebatang absorber RM165 sebatang. Kire punye kira kalau aku nak ganti ngan tayar sekali jumlah semuanya cecah RM590. Mak ko, pokailah aku. Dahlah awal-awal aritu, hampir RM300 gak melayang, gara-gara tayar kereta jugak.
Aku bagi tahu kat cina tu. Tak pe, aku buat next time. Sebab aku rasa tersangatlah gile babeng mahal herganya.
Cakap-cakap orang yang mungkin nak kasi aku semangat, standet la, kereta kalau dah masuk tahun ke lima macam-macam la nak kene tukar. Ye, saya paham. Oh kereta selaku BF ku, sesungguhnya aku sayang bangat sama kamu. Ada paham?
So, aku mintak tolong Rizal tanyakan kat perodua. Alhamdulillah, kat perodua absorber original baru RM90 sebatang. Pastu, atas nasehat perodua aku tukar tayar kat tempat yang sama. Total baru RM350. Syukur, aku tak buat kat tempat cina tu.
Nasehat aku, aper-aper menatang jadah ko nak tukar baik pikir dua tiga kali. Survey harga dulu. Aku kalau pergi kedai biase, memang depa biasa kate ini nak kene tukar, itu nak kena tukar. Lagi-lagi kalau perempuan yang pergi. Biasanya aku tak layan. Dan aku tak akan tukar time tu. Aku akan holdkan dulu then mintak pendapat org yang lebih arif. Dari aku rugi.
Atau sebaiknya aku pergi perodua untuk mintak nasihat. Sape kate harga Perodua lebih mahal. Baru cerita pasal kereta. Aku banyak cerita tertunggak nih. Nanti lah aku ceritakan.
Dari AKU,
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Happy Fasting
Lama tak mengarang. Banyak stori mori yang aku tak sempat nak ceritakan kat sini. Busy sangat kekdahnye. So, untuk tidak kelihatan begitu bersawang, dikesempatan menyambut Ramadan aku coretkan lah sepatah dua kata untuk kawan-kawan yang sudi membaca.
Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. InsyaAllah.
Dari AKU,
Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. InsyaAllah.
Dari AKU,
Monday, August 2, 2010
Oh DURIAN
Kepala tengah momett. Badan rasa sakit-sakit. Ni semua gara-gara aku makan durian campur pulut banyak sangat semalam. Sedap tak ingatnye. Puas sangat makan. Ni pun terasa-rasa macam nak makan lagi.
Hari ini, banyak sangat kerja yang nak kene buat. Kalau dah hari Isnin tu, memang wajib Monday Bulus. Kalau merajinkan diri macam takde feel jer. So, wahai managerku yang agak gagah perkasa, apa kata aku mulakan kerja esok aje. Huhuuuu
Sedikit cerita hari Sabtu dan Ahad lepas. Hari Sabtu macam biasa menyiapkan 20 box kuih tiram. Hari Ahad aku ikot mak ngan ayah pergi kenduri kawin anak pakcik Firul. Tak sangka Rayyan memilih orang. Satu dewan dengar suara dia menjerit menangis sampai kuar airmata masa mummy Zira dia amik. Kesian.
p/s : momett (jawa version) dalam bahasa Melayunya pening-pening lalat kot.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang PENULIS
- Miss PIJAOSIX
- Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..