Aku sampai lagi kat sini buat kali kedua. 1st time pergi masa tahun 2008. Tak sempat nak jalan-jalan sangat masa tu sebab just singgah gedik.
Atas pengalaman jem nak mampus masa 1st time pergi, aku plan nak gerak malam-malam. Boleh bayangkan tak kalau nak ke Tanah Rata yang hanya tinggal lagi 8km nak sampai tapi ambik masa 2 jam? Memang boleh seteres wei. Sakit otak. Dengan otai-otai yang bawak lori main celah jerk. Gerun..
So, aku decide nak gerak malam dan berimaginasi yang aku akan sampai sana waktu pagi-pagi. Kalau tak silap aku gerak dalam pukul 1 pagi. On the way pergi tu aku tidur sebab penat mengemas umah petang tu. Bukak-bukak mata dah sampai Tapah.
Melantak tak ingat kat Tapah dan teruskan perjalanan. Kuar simpang Pulai, amik jalan ke sana. Mase tu jam dah pukul 5 pagi. Seram gak masa tu. Jalan memang takde kereta pun mase tu. Lagi seram masa lalu tempat accident bas yang berpuluh-puluh orang mati tu.
Sepanjang jalan aku ngan member bercerita. Non-stop. Sesekali lalu gak lori kecik yang bergerak laju. Dah otai gitu lah.
Alhamdulillah. Pukul 6.45 pagi sampai dan sempat menunaikan solat subuh kat Masjid Brinchang. Cuace mase tu sejuk sangat-sangat. Sampai aku tak mampu nak bergerak.
Ade lagi beberapa jam sebelom aku boleh masuk hotel yang aku dah book awal2. Hotel mane? terjah sini.
Bersambung......

Dari AKU,
owh.. akak pi cameron highlang.. patut lar senyap jor...
ReplyDeletedapat bonus ke.. hehe...
ReplyDeleteTu diaaaaaa kabus. Mahu menggigil lutut ni
ReplyDeletewooo~ jln berkabus lg tuh.. mesti sgt sejuk, kn?? ^_^
ReplyDelete