Aku tengah boring ni. Dah 3 entry aku goblogkan hari ni. Tak pernah-pernah aku nak melalak kat blog sampai 2 3 entry. Paling-paling pun satu posting untuk sehari. Aku bosan ke aku risau nih.
Aku sendiri pun tak pasti. Aku boring. Bile aku boring, aku boleh jadi macam-macam. Aku leh tanye benda yang sama banyak kali. Boleh main game sampai lupe aku tak solat lagi. Bole automatik mengumpat, membahan, mencipta sajak, berpuisi. Aku akan pastikan yang aku tak mengedik..!!
Aku nak balik. Aku tengah bosan. Kawan yang setia nak layan aku boring pun takde. Tadi ingatkan lepas makan nasi lauk daging masak kicap aku punye bosan dah hilang. Sekali makin bertambah lak.
Padahal aku ada posting tertunggak. Posting raya Sakai tak goblogkan lagi nih. Pesal macam malas sangat je nih. Nak cerita pasal raya je teringat kuih bahlu, ketupat lemang. Terus jadi lemau.
Yang pasti, aku nak balik. Nak shopping. Nak tengok wayang...MAGIKA? ok tak korang citer tu?
Dari AKU,
Friday, October 1, 2010
DOA buat AYIE
Malam tadi aku balik Seri Kembangan. Aku dapat lihat kerisauan muke mak ngan ayah bila anak bujang kesayangan dia kena bertugas kat Kapit, Sarawak. Aku pun tak pernah dengar nama tempat nih. Kuching, Sibu, Miri aku tahu lah.
Ini la cabaran hidup. Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian. Dalam hati aku, aku jugak sedih. Aku kenal adik aku. Nampak matang tapi agak manja. Nak iron baju pun terkedek-kedek pergi kat mak aku.
Tiap apa yang Allah dah rencanakan dekat kite selalunya adalah yang terbaik. Memang aku sedih. Sebab kami adik-beradik memang sangat-sangat rapat.
Pesan Along, jage diri baik-baik. Along doakan adik berjaya kat sana. AMIN..
SOALAN AKU : Any info pasal daerah KAPIT, Sarawak nih?

Surat CINTA dari NUFFANG
Dapat surat cinta daru Nuffang. Aku rase korang yang jadi ahli pun mesti dapat benda alah yang sama jugak...
Tadaaaaaaaaaaaa..
Salam sejahtera Nuffnanger,
Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.
Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.
Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.
Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.
Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.
Terima kasih atas perhatian anda.
Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .
Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.
Terima kasih atas perhatian anda.
Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd
Dari AKU,
Subscribe to:
Comments (Atom)
Tentang PENULIS
- Miss PIJAOSIX
- Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..