Monday, August 30, 2010

Sepetang di Kuala Lumpor..

Masa yang ada jangan disia-siakan. Kebetulan gaji dah masuk. Hari Sabtu lepas, aku sempat pergi membeli-belah kat Jalan TAR. Niat kat dalam kepala memang nak cari tudung je. So, bile gerak lewat sampai sane pun dah lewat. Naseb baik tak jem.

Ikot plan Eca pun nak ikot tapi die ade emegency lain. So, aktiviti kali ni aku ngan alang je.

( aktiviti melepak tunggu nak berbuka - tepi jalan je)

Takde shoping sakan pun. Just beli dua helai tudung. Yang sebenar-benarnya aku teringin nak makan nasi beriani kat Restoran Insaf tuh. Tapi time puasa ni kalau tak booking - jangan hadap la nak dapat.


( aksi alang dan orang ramai kat Jalan TAR )


( macam masyuk je abang ni)

Tapi, kegigihan mengatasi segalanya.

Tapau kebab. Lepak depan jalan TAR. Tapi suasana memang meriah. Sepanjang kaki lima ade je org berkelah. Tumpang sekejap untuk berbuka puasa. Aku dengan alang dapat jugak masuk Insaf dalam kul 8.30.

Tak sedap sangat macam dulu. MAHAL!! Dua orang makan pun die belasah RM30. Giler...

p/s : Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. 1 Malaysia menjana transformasi?

Dari AKU,

Wednesday, August 25, 2010

Terima Kasih BOS

Alhamdulillah. Even tak banyak tapi cukuplah menambah apa-apa yang patut. Tak dapat beli levis pun takpe asalkan kereta aku dapat bergerak. Aku ada lagi tiga hari nak renew roadtax yang mampus on 28hb ni.

Hari ni aku agak berkhemah. Banyak juga kerja yang aku dapat siapkan. Mungkin mood aku baik. Lagi pulak, aku dah dengar lagu raya yang pertama untuk tahun ni. Atok Ahmad Jais memang mantap.

Untuk bos yang jauh kat Ipoh. Terima kasih untuk increment di kala raya menjelang. Dan terima kasih juga untuk allowance a.k.a duit raya. Macam tahu-tahu jer aku tengah pening sampai terpikir nak rompak bank mana. Even tiap-tiap tahun dapat cuma amauntnye ade lebih skit ye bos. Macam tu la bos, ada untung sharing-sharing lah. Baru berkat. Heheee..

Hari ini dah masuk 15 Ramadhan. Masih diduga untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Ya Allah, tetapkan imanku dan kuatkan hatiku. Amin.

Jumpe lagi.

Dari AKU,

Monday, August 23, 2010

Monday BULUS-BULUS

Rasa bengang je. Rasa macam nak menampar orang jer. Tak dapat tampar banyak kali - sekali pun dah cukup. Baru lega agaknya boring yang melanda kepala otak aku time ni.

Aku tengah pikir mana perginye mood aku sebagai pekerja yang berkhemah? Ni mesti gara-gara nak raya. Pastu bajet pulak tak buat-buat lagi. Ngerilah nak buat. Takut bajet yang aku idam-idamkan tidak menjadi kenyataan.

Aku nak seluar levis baru.
Aku nak sandel tumit tinggi. Dah 2 tahun pakai sandel yang sama. Sedih!
Aku nak kasi duit raya lebih dari biasa kat mak ngan ayah aku..
Aku nak baju baru yang agak bling-bling.
Aku nak macam-macam lah senang cerita.

Tapi itu kata hati aku bkn kata akal fikiran aku. Time bengong memang aku akan jadi seseorang yang dikawal oleh nafsu sepenuhnya. Time tak bengong, pasti anda semua salute dengan cara aku berpikir. Cewah.

Kesimpulannya, boleh tak jangan tanya aku macam-macam bila aku macam nak makan orang. Jangan tanya itu ini bile aku jawab macam nak tak nak. Yang penting, jangan mintak pendapat aku kalau aku tengah mengong.

Sebabnya, aku akan tetap berikan pendapat aku cume takut korang tak boleh nak terima. Yang paling aku takot aku menyesal kalau pendapat itu diterima pakai. Oh tidak..!!

Nota Lutut : Aku perlukan pembantu untuk siapkan kerja aku. Please advise.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..