Friday, July 30, 2010

Kerja oh Kerja

Aku sebenarnya banyak keja nak kena buat. Aku kene mentelaah scope kerja untuk site baru. Maknanya, aku kene duduk opis offshore lagilah lepas nih. Nak kene mengadap officer dari Shell lagi. Bukannya aku merungut tapi aku tengah takde mood nak mentelaah. Mungkin minggu depan semangat gaban tu akan datang pada aku. Amin.

Aisyah dah 2 hari duduk KLCC untuk project Petronas. Sok lusa aku pun kena duduk sana jugak. Paling-paling 3 bulan aku kene melepak kat sana. Masuk dah la pukul 8 pagi. Boleh stress aku ni bile nak kene panctual macam nih. Dah 5 tahun datang kerja ikot suke hati aku.

Kerja diwaktu bulan puasa? Itu lagi merunsingkan kepala hotak aku. Erm, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

Dari AKU,

Monday, July 26, 2010

Kisah Lalu

Lupekan posting terdahulu aku. Much better than yesterday. Alhamdulillah. Walaupun cuaca hari ini sikit sebanyak boleh mengundang mood yang tah apa-apa, tapi aku malas nak layan. Besnya kalau dapat tidor. Dapat shopping. Dapat melakukan apa je lah aktiviti yang menyeronokkan time-time macam nih.

Minggu sudah aku ade kat SK. Aku rase hujung minggu aku memang akan dihabiskan kat sana. Macam biasa, minggu sudah aku ngan alang menyiapkan tempahan kuih tiram. Syukur, banyak jugak tempahan yang kami dapat. Ok lah, dari aku tak buat apa-apa. Kalau tak dulu, kalau tak aku mengukur jalan, aku mengangkang depan tv sambil layan citer yang tah apa-apa jugak. Giler dibuatnya.

Petang Ahad, rumah meriah dengan manusia. Cipong ada. Rizal pun ada. Sempat jugak meneman Rizal ke Jusco Equine. Malam plak aku merempit ke Putrajaya. Aduh, agak penat tapi puas hati.


sekadar hiasan....
Aryan ngan mummy..


Dari AKU,

Friday, July 23, 2010

Just a little unwell



Ade perkara boleh diluahkan dengan kata-kata..
Ade perkara perlu dibiarkan tanpa bertanya..
Aku dah penat BERFIKIR..
Aku dah penat juga untuk merasakan SEDIH...
Dan, aku terpaksa untuk MENANGIS kali ini..
Aku tak terdaya..Aku mintak maaf..
Umpama BERNAFAS dalam LUMPUR sudahnya aku..
Ish...
~~~~~~


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..