Sunday, May 9, 2010

Oh IBU..

Masa aku mule menaip untuk entry kali nih jam kat laptop ni menunjukkan pukul 12:17 pagi. Dan semestinye hari ni adalah hari 'mother's day' untuk mereka yang telah bergelar ibu. So, lebih kepada feeling2 airmata mengenangkan pergorbanan mereka bergelar ibu.

Lama tak menaip. Lama tak menulis. Ade la dalam 4 hari rasenya. Rase takde idea la pulak. Erm..apa aku nak describe pasal mak aku ni yer.


Sesimple yang boleh aku cakap :- sangat2 sporting, kelakar, agak menghiburkan dan sangat laa peramah. Kat sini aku tak tau nak cerita banyak2 pasal mak aku, yang aku tahu pergobanan die membesarkan aku dan adik2 sangat-sangat tak terbalas.

Sayangilah ibu anda. Pada adik aku ( Alin ), selamat menempuh pahit maung menjadi ibu. Pada kawan2 yang dah pun bergelar ibu, selamat hari ibu. Aku pun nak jadi ibu. InsyaAllah, satu hari nanti.

Emak, Pn.ROHANA TALIB, ko lah ratu hatiku.....

p/s : Ucapan terima kasih pada adik yang blanje Sate Hj Samuri, special tok mak katenyer..hihiiii

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, May 4, 2010

Mase kat PUTRAJAYA Tadi

Tadi pagi-pagi dalam kul 6.45 pg aku dapat sms dari manager aku. Arahan die ringkas je.

"Pija, bawak keta hari ni, nak g putrajaya amik surat".

Hehe..Die tak tau pun selama ni aku memang bawak kete pergi keja. Yang dia tahu aku naik train. Baik bos. Leh mengular dengan jayanya.

Kul 11 aku dah sampai sana. Tempat yang aku kena pergi nih namanya Bangunan Perdana Putra. Kat sini pulak aku kena pergi tingkat 2 di bahagian keselamatan dan maritim.

( Bangunan Perdana Putra )

Kalau korang nak tahu, kat sini aku telah diperiksa tah keberapa kali. Patutlah, bangunan ni memang dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Pak ngan mak POLIS saja yang ada kat kaunter, depan dan belakang bangunan.

Mula-mula beg kena scan, tinggalkan ic (ini dah biasa), tiap kali nak entry kene punch. Ah, pening aku. Tapi ini laa 1st time aku masuk bangunan kerajaan yang penuh ngan sistem security. Lagipun, pada sape-sape yang takde hal berkaitan dengan dieorang ni,jgn hadap lah nak masuk sini.

Dah setel amik dokumen yang patutnya bos aku yang pemalas tu amik, aku pun beredar dari bangunan yang amat la besau ni. Aper2 pun aku mmg agak kejakunan masuk sini. Hahahaa..Lagipun, aku gerun nengok muke-muke bengis polis yang bersepah kat sini. Nak-nak sejak mereka ni rakus dalam penggunaan senjata api.

Harus berjaga-jaga beb..Silap hari bulan nyawa melayang.

Nota lutut : Aku akan takde mulai esok sampai ujung minggu nih. Minggu depan aku ade balik. Don't worry..

Dari AKU,

Monday, May 3, 2010

Aku PENAT..!

Monday blues tahap 101%. Tension sangat..! Dan, hujung minggu yang memenatkan. Sampai ke pagi ni, aku rase kaki aku lenguh-lenguh. Penat mengemas, penat berjalan dan penat bawak kete..

Huh..
Mana taknya, jumaat malam aku pusing-pusing kat Bukit Raja. Ade jualan gudang. Baju memang murah gile-gile. Tapi, sket pun aku tak berkenan. Langsung tak beli apa-apa.

Hari Sabtu, aku sambung lagi jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Klang dengan alang. Pusing punya pusing susahnya laa nak jumpe yang berkenan dihati. Ah, fedap..! Balik tu singgah PKNS plak. Niat nak cari tudung. Gigihkan aku.


Malamnya pulak aku jalan2 cari makan kat seksyen 7. Habis makan aku singgah lak kat i-city. Ape ke bendanya i-city nih? Tah la, setahu aku tempat ni dikendalikan penuh oleh MSC. Atau lebih dikenali sebagai tempat komunikasi yang tercanggih.


Tapi pendapat aku:
  • Tempat ni sangat2 cantek
  • Sesuai sangat bawak budak2 dan untuk aktiviti2 family
  • Mudah nak bershoping sebab ada gerai/stall untuk beli makanan dan minuman yang simple.

Erm..tapi aku just drive thru jerk. Tak berhenti parking pun. Lagipun gila jammed. Next time la plak. Oh, lupe. I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..