Thursday, December 12, 2013

Aquria KLCC

Salam hari Kamis uols.

Aku cuti hari ni. Apa motif amik cuti pun aku tak tahu. Sebenarnya saja-saja apply sebab bos aku tu ada penyakit sengugut. Orang lain tak boleh nak cuti, dia cuti takper. Tapi siapa sangka dia approve. Alhamdulillah. So, aku lepak je lah umah sambil goyang kaki layan anak-anak buah tiga orang nih. Lagipun semalam penat jugak bawak budak-budak ni pergi Aquria KLCC. 

Hari ni nak updet pasal semalam. Semalam aku, Rayyan, alang and family pergi Aquria, KLCC. Kiteorang bertolak dari umah pagi dalam pukul 9.30. Breakfast dulu. Dah kenyang baru bes nak berjalan. We all naik ERL sampai KL Sentral. Dari sana, we all naik LRT. Jakun macam apa je Rayyan dengan Qaiser. Sampai sana, mak kau gila panjang nak berator. Nasib baik ada tempat menunggu. Cipong - adik ipar aku yang berator sorang-sorang. Ruang menunggu tu ada tv besar. Bolehlah nak lekakan budak-budak sekejap.



Tiket normal nak masuk kat sini agak mahal tapi pada aku berbaloi lah. Sekali sekala. We all book tiket awal-awal dekat living social aquria. So untuk orang dewasa hanya RM28 insted of RM38 dan kanak-kanak atas 3 tahun hanya RM22 instead of RM28. Murah skitlah kan.

Apa-apa pun we all happy. 

Just for your info - untuk beli tiket dekat living social sampai 31 July 2014. So, lama lagi. Boleh kumpul duit dari sekarang.








Dari AKU,

Sunday, December 8, 2013

Pameran Dainasour

Ingatkan nak sambung kisah Bandung. Tapi nanti-nantilah eh. Petang semalam sempat bawak Rayyan pergi tengok pameran dinosaur. Ok. Rayyan ni fanatik dainasour. Ape jenis dinosaur dia tahu. Pantang nampak dinosaur - mesti dia nak beli. 

Pameran ni dekat Putrajaya, persint 5. Untuk dewasa RM10. Kanak-kanak atas 5 tahun RM6. Pada aku tempatnya tak lah besar mana. Bawak budak-budak ok lah. Orang tua macam aku ni takde feel apa-apa. Yang kelakar si Rayyan. Mula-mula masuk meroyan takut. Sampai mengigil-gigil. Perlahan-lahan cool down kan dia. Lama-lama dia ok.

Jom layan gambar!





Dari AKU,

Bandung - Part 1

Salam,

Kali ni aku nak stori percutian we all satu family ke Bandung, Indonesia. Alhamdulillah, kami semua selamat pergi dan selamat balik. Pergi selama 4 hari 3 malam. Itu pun seriusly tak cukup. Macam biasa we all beli tiket masa Air Asia meroyan buat sales la kononnya. Dapatlah murah. Yeke murah? Pada aku murahlah kot. RM160 seorang pergi dan balik.

Sebelum pergi sana, aku memang buat homework sikit. Mana tempat nak pergi. Hotel apa nak duduk. Transport apa. Sekarang tak susah macam dulu. Kau ada laptop, ada internet dah boleh dapat maklumat segala bapak dengan hujung jari je.

Kiteorang pergi pagi. Sampai sana dalam pukul 10 pagi macam tu. Supir memang dah book awal-awal. So pagi-pagi aku dah nampak die pegang nama 'Norazima'. Ok kalau cerita bab supir. We all sewa Esuzu untuk 12 orang. Condition memang memuaskan hati. Pak supir pun bes. Van ni kiteorang sewa dalam RM700 untuk 4 hari 3 malam. Murahkan?

So, sampai sana kiteorang terus makan makanan Padang. Lapar kau. Dah la keluar rumah pukul seawal pukul 4 pagi. Makan sedap dan tak mahal. Dah makan terus Pak Supir bawak pergi factory outlet. Tak ingat dah nama-nama FO tu. Tapi FO tu dekat-dekat je. Leh jalan kaki dari satu outlet ke outlet yang lain. Dah penat cuci mata, terus check in Hotel. Kiteorang duduk Hotel Prago. Untuk 12 orang kiteorang amik 4 bilik dengan harga RM1300 untuk 4 hari 3 malam. 

Petang tu lepas berehat, kiteorang pusing-pusing lagi area Hotel sebelum makan malam dekat Restoran Sunda. Pergh sedap dan murah. Restoran punyalah cantik. Aduhai, tiba-tiba rasa rindu nak terbang ke Bandung lagi.

Ok. Setel cerita hari pertama di Bandung. Esoknya tu we all dah mempersiapkan diri untuk Shoping kat Pasar Baru. Aku masukkan gambar untuk feel yang lebih pada yang membaca tulisan ini.








Secara ringkasnya,
Airasia : RM160.00
Hotel : RM1300.00 untuk 4 hari 3 malam
Supir : RM700+ untuk 4 hari 3 malam
Makanan padang (12 orang ) : RM120.00
Makanan Sunda (12 orang) RM120.00

To be continue..

Dari AKU,

Saturday, December 7, 2013

Sabtu

Hari ni hari Sabtu. Sepatutnya aku ada larian kat Putrajaya. Tapi tahun ni tak dpat nak menjoinkan diri sebab kaki terseliuh minggu lepas. Apa boleh buat. Tak kan nak belari jugak. Kang tak pasal-pasal, dari boleh berjalan jadi tak boleh berjalan. Kau nak macam tu? Jawapannya - aku memang tak nak nok..!!

Pagi ni hujan. Senang cerita sekarang ni memang musim hujan. Dan rasanya semua orang tahu saudara-saudara kita dekat Pantai Timur sedang dilanda musibah - banjir. Terputus hubungan dengan dunia luar. Kesejukan. Kelaparan. Ya Allah, aku panjatkan doa agar mereka tabah dalam menghadapi ujianMu ini dan redha di atas segala ketentuannya.

Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa. 

Cuma sedang memikirkan untuk menulis pasal seseorang. Nak cerita ataupun tidak? Tapi rasanya macam terlalu awal untuk mengetengahkan apa yang aku rasa sekarang. Doa aku hanya satu "kau mudahkan lah apa yang kami mahukan. Apa yang kami rancangkan. Amin". Aku memang suka berdoa masa hujan. Bukan apa, aku jadi ikhlas dalam meminta.

No yang tidak sempat dilarikan. Sedih
Nota PIJA : kalau dunia ini persinggahan, kenapa masih mengejar benda yang tidak pasti.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..